Sahabat sejati sukar dicari..

Monday, February 16, 2009

Hidup YB Nizar !!!

Umno penderhaka agung
Mohamed Hanipa Maidin
Thu | Feb 12, 09 | 4:16:38 pm MYT

Kini, hampir setiap hari kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar.Inilah politik kotor yang dimainkan oleh 'parti kotor' seperti Umno. Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor. Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah.

Umno penderhaka agung

Jika Umno tidak diserang penyakit 'amnesia' (penyakit mudah lupa) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka, maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai "penderhaka par excellence" (penderhaka agung).

Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah "kepala penderhaka" apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.

Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi menggantikan Sultan Kelantan? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Mungkin parti itu menganggap mengganti sultan semudah menukar pengerusi JKKK.

Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat.

krisis perlembagaan 1983

Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.

Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja dipandang hina masyarakat awam.

Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983, Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.

Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya (lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m.s. 13).

Semasa krisis itu juga, media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997; (Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak mendorong baginda enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan); dan di Pahang pada tahun 1979 (membabitkan Datuk Rahim Abu Bakar).

juara menderhaka

Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja, saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993.

Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum; media-media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang Menteri yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat Diraja tertentu.

mengaibkan raja-raja

Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti mana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.

Bersandarkan bukti-bukti di atas, kini sipenderhaka Umno yang sama tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka.

Ya, memang benar Nizar mengakui telah "menyembah sembah derhaka" semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan "hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka".

"Sembah derhaka" bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil "hamba tua" . Ini bahasa istana dan nak buat macam mana?

jahil bahasa istana

Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap Nizar sebagai derhaka apabila memohon "menyembah sembah derhaka� . Naif dan ceteknya pemikiran Umno.

Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya. Ini kerana berdasarkan Perkara 16(7) Perlembagaan Negeri Perak, secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan (at his pleasure) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan dipecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri Besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.

Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan (ceases command of confidence) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang?

Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) 2 MLJ 187, Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak (sama seperti Perlembagaan Negeri Perak) "lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri" (kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri (sama seperti Dewan Undangan Negeri)).

undi tidak percaya

Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu masing-masing 28 kerusi. Ketiga-tiga bekas Adun Pakatan Rakyat hanya menjadi Adun Bebas dan bukannya Adun BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga Adun berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dun.

Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga Adun ini masih boleh dianggap sebagai Adun kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai Adun seperti mana surat mereka yang telah ditandatangani dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.

Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak, surat perletakan jawatan ketiga-tiga Adun tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih boleh dikira Adun atau tidak, badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut hanyalah Dun Perak seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33(1) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan: "Jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli Dun itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad".

Dun tentukan status Adun

Jelas Dun Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih layak sebagai Adun atau tidak dan keputusan Dun tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M. Sultan melantik Menteri Besar yang baru, Dun Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli Dun Perak.

Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M. Sultan untuk "memohon menyembah sembah derhaka" untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya "sembah derhaka" tersebut difahami oleh sipenderhaka Umno sebagai derhaka. _


Ihsan HarakahDaily

Saturday, February 14, 2009

blog, blog dan blog

Menulis blog skrg da jd popular di klgn msyrkt pelbagai peringkat umur. Namun musafir mempunyai pndgn yg trsendri ttg blog.. Blog merupakan laman peribadi tempat musafir meluahkan segala rasa yg tidak mmpu disimpan di dlm kpala selain mnjadi kenangan bila musafir sudah berkeluarga kelak.. Namun blog bkn lah segala-galanya buat musafir kerana blog menyimpan beribu2 kenangan yg kadang kala menyebabkan musafir menjadi fobia utk bermain dgn blog. X tau sama ada permainan ini berisiko dgn kecederaan hati, atau pemain di medan blog ini bermain secara kasar, atau penonton menyumbang kpd prubahan emosi pemain atau pemain sendiri yg tidak cukup ilmu utk bermain.. Jawapannya hanya ada di dalam hati pemain itu sendri.. Hr ni musafir bertekad utk berehat sementara dari bermain.. Insya Allah klu ada waktu, kita akan bertemu jua.. Musafir terpaksa pergi menyambung perjalanan yg lebih jauh utk mencari bekalan ke tempat yg lebih abadi...

Wednesday, February 11, 2009

Adakah kita bersaudara????



Sahabat sekalian, seringkali kita menyatakan kita berukhwah selama-lamanya. Tetapi sejauh mana kita mengaplikasikan ukhwah dalam kehidupan seharian.. Hidup yg kosong adalah bila kita lari dari persahabatan tetapi hidup kita akan lebih menderita bila mana sahabat mengkhianati kita..Marilah kita renung kesilapan kita sebab agak sukar untuk kita mengubah orang lain kerana mereka bukan kita tetapi kita mampu mengubah diri kita sendiri.

Ikhsan : NUR OGOS 2005

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Surah Al-Hujuraat : 10)


“Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.”
(Surah Al-Hijr : 47)


Pada masa kini banyak kehidupan yang berubah menjadi tegang ketika ikatan persaudraan telah pupus, ketitka sumber-sumber kecintaan kerana Allah telah kering, ketika individualisme telah menggeser nilai-nilai persaudraan, saat itu setiap individu berada dalam kehidupan yang sukar, merasa terpisah dan terasing dari masyarakat.


Dalam sebuah hadis yang menerangkan tetntang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT di hari tiada naungan kecuali naungan Allah, Rasulullah menyebut salah satu di antaranya adalah:


“Dan dua orang laki-laki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah kerana-Nya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Firman Allah SWT; “Orang-orang yang saling mencintai kerana-Ku, berhak atas kecintaan-Ku…” (Riwayat Malik dan Ahmad)


Muhammad Bin Munkadir ketika ditanya tentang kenikmatannya dalam kehidupan ini, beliau menjawab “Ketika bertemu dengan saudara-saudara (sahabat-sahabat), dan membahagiakan mereka.”


Al-Hassan berkata, “kami telah mencintai sahabat-sahabat kami daripada keluarga kami, kerana sahabat-sahabat kami mengingatkan kami akan kehidupan akhirat, sedangkan keluarga kami mengingatkan kami akan kehidupan dunia..”


Khalid Bin Shafwan berkata, “Orang yang lemah adalah yang sedikit menjalin persaudaraan.”


PERKARA YANG MEROSAKKAN UKHUWAH


1. Tamak dan Rakus Terhadap Dunia


Tamak dan iri hati dengan apa yang dimiliki oleh orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu.” (Riwayat Ibnu Majah)
Jika ditimba musibah, bermusyawarahlah dengan rakan terdekan. Jika mereke memahami kita, akan terbuka hatinya untuk menolong tanpa kita meminta, merayu atau menitiskan air mata.


2. Maksiat dan Meremehkan Ketaatan


Jika dalam pergaulan tiada zikir dan ibadah, saling menasihat dan menignatkan, bererti persahabatan itu telah gersang dan mengakitbatkan terbukanya pintu kejahatan sehingga masing-masing saling menyibukkan diri dengan urusan lain. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak menghinanya. Demi zat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya.” (Riwayat Ahmad)
Ibnu Qayim dalam kitab ‘Al-Jawwabul Kafi’ mengatakan;
“Di antara akibat dari perbuatan maksiat adalah rasa gelisah (takut dan sedih) yang dirasakan oleh orang yang bermaksiat itu untuk bertemu dengan saudara-saudaranya.”
Pergaulan para ahli maksiat tidak dibina atas dasar ketawaan sehingga dengan mudah berubah menjadi permusuhan. Perkara ini nanti akan menjadi beban di hari kiamat. Allah berfirman yang bermaksud;
“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahbatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).” (Surah Az-Zukhruf : 67)


3. Tidak Menggunakan Adab yang Baik (Syar`i) Ketika Berbicara


Ketika berbicara, pilihlah perkataan yang paling baik. Allah berfirman yang bermaksud;
“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka ( yang mukmin dan yang menentang); sesunguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia”
(Surah Al-Israa; 53)


4. Tidak Memberi Perhatian Apabila Ada yang Mengajak Berbicara


Seorang ulama salaf berkata,
“Ada seseorang yang menyampaikan hadis sedangkan aku sudah mengeathui hal itu sebelum ia dihairkan oleh ibunya. Akan tetapi, akhlak baik membawaku untuk tetap mendengarkannya hingga ia selesai berbicara.”


5. Banyak Bercanda dan Bergurau senda


Ramai orang putus silaturrahim hanya disebabkan canda dan senda gurau.


6. Banyak Berdebat dan Berbantah-bantahan


Kadangkala hubungan persaudaraan terputus kerana perdebatan sengit. Kononya hendak mempertahankan akidah dan prinsip, padahal itu mempertahankan diri dan kesombongan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Debat dengan cara baik untuk menerangkan kebenaran kepada orang yang bodoh dan ahli bid’ah, tidak menjadi masalah. Tetapi jika melampaui batas, tidak dibolehkan. Jika debat untuk menunjuk kehebatan diri, perkara ini menunjukkan lemahnya iman.


7. Berbisik-bisik (Pembicaraan Rahsia)


Berbisik -bisik adalah perkara yang remeh tetapi mempunyai kesan dalam sesetengah keadaan.
Allah berfirman bermaksud;
“Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikit pun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah.(Surah al-MUujaadalah : 10)