Sahabat sejati sukar dicari..

Sunday, June 21, 2015

Bersihkan sawang 4 tahun...



4 oktober 2011... kali terakhir musafir menulis entry di blog ini.... Maknanya hampir 4 tahun blog ini bersawang.. Lucu jgk bila membaca post2 yg lepas... Terbuktilah berada di medan sebenar dgn medan latihan ketika bergelar pelajar amat berbeza skali... Dlm 4 tahun ini jgk musafir telah melalui pelbagai fasa di dalam kehidupan...

Bermula dgn fasa seorang isteri sehingga kini telah mempunyai 3 orang anak semestinya amanah yg perlu kami pegang... Sepanjang 4 tahun ini juga 3 buah sekolah musafir telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru... berbagai2 asam garam yg tak dpt musafir coretkan... mungkin terlalu sibuk dgn hal2 rumahtangga dan urusan2 sekolah menjadikan musafir tidak ada masa untuk memikirkan tentang blog...

Syukur alhamdulillah.... sememangnya alam rumahtangga benar2 menguji seseorang untuk saling bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain dalam memberi dan memerima... kesabaran dan doa amat perlu untuk mengharungi ujian ini... Ketika mana ombak melanda memang terasa pedihnya.. tp bila mana kebahagiaan terasa memang tidak dpt digambarkan manisnya.... Allahu.... itulah kehidupan dunia yg bersifat sementara..

Gembira juga bila dpt meneruskan pengajian peringkat master bersama2 suami.... insya allah kalau diizinkan Allah akan cuba untuk peringkat yg seterusnya... Moga2 dipermudahkan...

Saat musafir meneruskan penulisan anak2 sedang dibuai mimpi.. hari ini merupakan Ramadhan yang keempat... Bersolat tarawih di rumah sahaja memandangkan anak2 masih kecil dan memerlukan perhatian yg lebih dari musafir...

Mudah2an lebih istiqomah dan dapat memperbaiki amalan walaupun sedikit.. amin.... 😄😄



No comments: