Sahabat sejati sukar dicari..

Saturday, December 5, 2009

Jom ke Kampung Mesilou, Ranau!!!

Kampung Mesilou Ranau terletak lebih kurang 5 kilometer dari pekan Kundasang.. Berhampiran kampung ini terdapat beberapa tempat menarik seperti National Park, Ladang Teh Sabah, Gunung kinabalu dan macam-macam lagi.. kalau nak ke kampung mesilou caranya mudah saja.. dari KLIA, ambil penerbangan ke Kota Kinabalu.. Dari Lapangan terbang Kota Kinabalu, ambil teksi ke ranau.. Perjalanan ini selama 2-2 1/2 jam ke pekan kundasang sebanyak rm30 seorang.. Dari pekan kundasang, ambil teksi sapu ke kampung mesilou sebanyak rm 3 sahaja.. Apa-apa masalah boleh hubungi musafir ye... Tinggal di rumah musafir pun boleh.. Cuma jangan lupa bawa baju tebal-tebal ye.. Orang kat sini kebanyakannya makan sireh untuk memanaskan badan.. Tapi musafir makan habatussauda' jelah.. hehe.. Cuma yang agak tak seronok ketika perjalanan ialah sejam setengah jalan yang agak bengkang-bengkok seperti di cameron highland serta tanah runtuh yang boleh menyebabkan jalan jem.. Tapi pemandangan di sini lebih cantik dari cameron dan genting.. Kalau tak percaya, datang sini dulu ye..

Pengalaman di Ranau

2 Dis 2009 (7.35 p.m)

“Terima kasih kerana sudi menyambut cabaran meninggalkan keluarga, meninggalkan kampung halaman demi agama dan anak bangsa. Semoga pengorbanan ini membuahkan hasil sepanjang ustaz dan ustazah berada di sini..” Kata-kata pengakhiran taklimat kami pada malam di Airport View Hotel amat memberi kesan di hati musafir.. Masih teringat kesedihan bersama abah dan emak di airport KLIA dengan mutiara-mutiara nasihat dari mereka menyebabkan musafir termenung panjang di dalam filgt.. Kegembiraan bersama rakan-rakan menikmati layanan petugas di dalam filgt terganggu dengan debaran-debaran memikirkan penempatan musafir dan rakan-rakan apabila sampai di sana kelak.. Persoalan pertama mula timbul.. Siapa anak murid aku nanti???? Kemudian disusuli pula dengan persoalan-persoalan yang seterusnya.. Akhirnya sepucuk surat yang mula diedarkan satu persatu kepada kami mula menjawab persoalan yang bermain di benak musafir.. Tulisan tangan di hadapan sampul surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA iaitu SK MASILOU, RANAU mula membayangkan pelbagai perkara untuk menggambarkan keadaan tempat tersebut.. Tepat pukul 11.45 pagi sebuah kereta menunggu musafir dan dua lagi rakan yang akan bersama-sama ditempatkan di Ranau.. Perjalanan yang penuh berliku dilalui oleh musafir selama 2 jam setengah untuk sampai ke Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.. Sepanjang perjalanan kelihatan tanah runtuh yang menyebabkan kenderaan terpaksa beratur untuk menunggu turn mereka melalui jalan tersebut supaya selamat daripada tanah dan batu besar yang sentiasa jatuh di atas jalan raya.. Tidak kurang juga jalan yang curam dan bengkang bengkok seperti di Cameron highland.. Rasa tak sanggup nak balik semula pun ada dek kerana jalan yang jauh dan berliku ini.. Alhamdulillah kepenatan kami diubati dengan pemandangan gunung kinabalu yang cantik dan berkabus.. Angin sejuk mula menepuk pipi kami seolah-olah menyedarkan kami yang bahawasanya KAMI BENAR-BENAR SEORANG GURU YANG AKAN DIPOSTINGKAN DI RANAU.. Bukan lagi sesi praktikum yang hanya beberapa minggu sahaja.. Bukan untuk jalan-jalan makan angin di Sabah.. Tapi ada misi dan visi yang kami bawa dan perlu capai di sini.. Akhirnya sampailah kami di Pejabat Pelajaran Ranau.. Kami disambut baik dengan para pegawai dengan makanan dan minuman untuk mengisi perut setelah menghabiskan tenaga di perjalanan.. Selepas itu kami bertiga berpecah dan beredar ke kampung tempat mengajar masing-masing. Musafir telah diambil oleh seorang guru di sini.. Katanya beliau ialah pemangku sekolah dek kerana belum wujudnya Guru Besar dan Penolong Kanan di situ.. Terdetik hati musafir, “jangan aku yang dilantik jadi GB sudahlah nanti..” Cehh perasan betul.. Tersenyum sendiri musafir.. Sebelum ke sekolah iaitu ke perkampungan Masilou, kami singgah di pekan kecil untuk membeli beberapa keperluan penting. Kemudian perjalanan diteruskan dengan melalui jalan yang bengkang bengkok seperti sebelum sampai ke PPD tadi.. Apa yang lebih menyeronokkan ialah gunung kinabalu semakin menghampiri.. Musafir kesejukan seolah-olah berada di dalam kabus yang menjadi pemandangan tetap musafir ke sana.. Ladang teh seperti di Cameron highland berada di kanan mahu pun di kiri jalan.. Begitu juga dengan ladang sayur-sayuran.. Cikgu yang bersama-sama musafir di dalam kereta menunjukkan sekolah kami tetapi musafir terlepas pandang.. Insya Allah esok musafir akan ke sana.. Sampai di rumah, musafir terpegun dengan keunikan homestay tempat musafir bermalam untuk sementara waktu.. Rumah yang musafir duduk diperbuat daripada buluh.. Bilik air dan dapur di luar.. Musafir duduk seorang sahaja disebabkan ramai guru-guru yang belum datang lagi.. Mungkin mereka sedang bercuti.. Tawakal kepada Allah.. Sempat juga musafir rasa untuk mandi dengan air gunung.. Sejuk macam mandi dengan ais.. Bbuuurrrrr..


3 dis 2009 (8.37 am)

Terbangun musafir pagi ni dikejutkan dengan bunyi kokokan ayam jantan yang saling bersahutan.. Meraba-raba handpon untuk melihat jam terbantut apabila handpon kehabisan bateri.. Maklumlah plug kat luar rumah.. tak berani nak keluar untuk charge handpon.. Alhamdulillah musafir bawa jam.. pkul 4.30 rupa-rupanya.. Sekejap lagi azan subuh.. Musafir kena membiasakan diri dengan waktu di sini yang agak berlainan daripada waktu di semenanjung.. Sejam lebih awal daripada biasa.. Sejuknyaaaa… Malam tadi beberapa kali musafir terbangun.. Rasa duduk dalam salji.. dua helai t-shirt tebal, sehelai sweater, berstoking serta dua helai selimut tebal masih belum boleh menghilangkan sejuk musafir.. Insaf sekejap dengan musafir yang kadang-kadang mengeluh dek kerana kepanasan ketika berada di semenanjung.. pagi-pagi lagi musafir buka tingkap di belakang rumah untuk menikmati pemandangan.. Sangat menakjubkan!!! Sebelah kanan musafir dapat lihat gunung kinabalu yang berkabus.. Macam bersalji pun ada.. Sebelah kiri pula kelihatan kehijauan ladang teh dan sayuran.. Seronoknyaaaaaaa… walaupun rasa berat, musafir gagahkan juga diri untuk mandi dengan air yang seumpama ais.. Macamana la kalau waktu sekolah nanti.. lagilah kena mandi awal.. Tak lama lepas tu musafir terdengar orang memanggil di pintu rumah.. “Ustajah… ustajah.. Assalamualaikum..” Orang di sini biasanya memanggil ustazah dengan perkataan ustajah.. “Waalaikumussalam..” Cepat-cepat musafir mencapai tudung.. “Ni ada kunci rumah sebelah sana.. Ustajah boleh tinggal di sana lepas zohor.. Semuanya lengkap.. 2 bilik dan dua katil queen.. sofa dan meja.. dapur dan peralatan masak.. elektrik lengkap, bilik air 1.. sewanya rm350 sebulan.. tapi buat masa sekarang ni ustajah duduk seorang dulu.. Awal tahun depan kalau ada cikgu yang nak sambung di sini baru dia akan duduk dengan ustajah…” Musafir pun setuju.. Alahamdulillah sekurang-kurangnya tak la musafir takut nak kena keluar rumah bila nak p toilet atau dapur.. sebab rumah yang ini toilet dan dapurnya kat dalam.. Plug pun ada.. Selepas tuan rumah yang berbangsa Dusun pergi, musafir mula rasa lapar.. Teringat pesanan cikgu semalam kalau nak beli makanan kedai ada di atas sana.. jalan kaki 5 minit saja.. Tapiii malunyeee nak p sana.. Mesti orang tau yang kita ni orang baru di sini.. dah la sorang-sorang je.. musafir pun tak fikir panjang terus ambil meggi dan bawa ke dapur.. makan megi pun sodappp.. Satu perkara yang agak memelikkan musafir, sewaktu musafir nak masak meggi, air yang musafir tadah agak kotor.. beberapa kali musafir buang air dan tadah yang baru.. kekotorannya masih sama.. mungkin air di sini tidak ditapis barangkali.. tapi musafir yakin air yang dari gunung ini pastinya bersih.. Musafir pun biarkan sekejap kekotoran itu mendap dan menggunakan air seperti biasa..Errrrkkk Alhamdulillah kenyang…

3 Dis 2009 (7.20 pm)

Allahu akbar.. Allahu akbar.. Terdengar sayup-sayup suara azan.. Tenggelam timbul bunyinya.. Terdetik di hati musafir kat mana ye masjid di sini.. Teringat saat-saat di IPIS.. Peluang untuk ke masjid bila-bila sahaja.. dekat sangat dengan asrama.. Sedih rasanya.. Rindu saat-saat itu.. Saat-saat berusrah dengan rakan-rakan.. Tapi di sini musafir seorang je.. Hanya bermain-main dengan laptop dan beberapa biji buku yang musafir sempat bawa dari semenanjung.. Kat sini musafir kena berdikari.. tak boleh bergantung dengan sesiapa.. Nak bergaul dengan orang kampung pun agak susah.. orang dusun cakapnya agak berbeza dengan orang bandar di Sabah.. Ala-ala bahasa jawa pun ada kot.. hehe.. Petang tadi musafir pergi juga melihat sekolah.. Jalan kaki dalam 5-10 minit musafir sampai di sekolah.. Kena naik bukit sikit.. Alhamdulillah musafir berjumpa dengan dua orang bakal anak murid musafir.. Namanya Bibi dan Arih.. Bibi dan Arih yang tunjukkan jalan nak ke sekolah.. Melihat keadaan di sekolah, hampir menitis air mata musafir.. Sangat dhaif.. Kelas-kelas yang kecil, sempit dan kotor seolah-olah seperti bangunan yang telah lama ditinggalkan jika di semenanjung.. Betul-betul di hadapan kelas kelihatan kandang kambing yang menjadi sumber pendapatan beberapa orang kampung di sini.. Di hadapan sekolah pula terdapat anjing-anjing yang berkeliaran seperti kucing saja lagaknya.. sewaktu berjalan di sebelah anjing, Arih dan Bibi tersenyum-senyum memandang musafir.. Mesti Bibi dan Arih ingat musafir nak lari kot.. Dalam hati takut juga tepi sebab kat sebelah ada anak murid, musafir berlagak cool.. Dengan bacaan Bismillahi Tawakaltu ‘ala Allah musafir lalu di sebelah anjing.. Alhamdulillah anjing tu tak serang… Masuk sahaja di pagar sekolah kelihatan satu pondok yang sangat using.. Pondok jaga agaknya.. Hati musafir terdetik.. Lalu pula di sepanjang kelas, musafir terfikir macamana nak cantikkan kelas anak-anak masilou ni.. Di sebelah kandang kambing pula kelihatan satu bilik yang juga agak usang..Bilik ini besar sedikit dari pondok jaga yang ada kat depan tu… Hmmm ini mesti kantin sekolah.. Bisik hati musafir lagi.. Tiba-tiba bibi naik di pondok jaga dan duduk di situ.. “Bibi, ni apa??” Musafir bertanya dengan loghat Sabah dengan mengarahkan tangan pada pondok jaga tersebut untuk mendapatkan kepastian.. “ini kantin sekolah..” Jawab Bibi dengan senyumannya tidak lekang di bibir.. “yang ini pula apa???” Musafir bertanya lagi sambil mengarahkan tangan ke bilik yang musafir sangkakan kantin sekolah tadi.. “Yang itu ka?? Itu bilik guruk…” Jawab Bibi dengan loghatnya.. Agak terkejut musafir dengan jawapan Bibi.. Salah rupanya tekaan musafir tadi.. Setelah snap beberapa keping gambar, musafir terus ke kedai makan berhadapan dengan pintu pagar sekolah.. Di sini agak berlainan dengan di semenanjung atau di Kota Kinabalu.. Sangkaan musafir akan ada masakan lauk yang sudah tersedia untuk dipilih oleh para pembeli makanan tengahari meleset sama sekali.. Tak ada satu lauk pun yang terhidang.. yang ada Cuma nasi goreng, mee goreng dan bihun goreng yang dibungkus dalam plastik kecil.. Aikkk takkan tak masak tengahari lagi kot.. Dah pukul sebelas lebih ni.. “Ya, nak makan apa??” Ramah je penjual ni bertanya.. Tapi musafir pun tak tau nk jawab apa.. Alamak.. apa yang ada kat sini???? Hmmm nasi kosong, telur dadar dan sayur apa-apa jelah.. Blurrr musafir menempah makanan.. “Ok.. Ustajah tunggu sekejap ya.. saya mau masak dulu..Tapi saya ndak tau la ustajah mau makan ka ndak.. makanan di sini lain dari semenanjung..” kata-kata penjual ini menyebabkan selera musafir hampir hilang.. apalah yang nak di masakkan ni… Tersenyum musafir bila makanan serta nasi semuanya dibungkus dengan plastik.. Hish macam berkat pulak.. bagus juga tak pakai polistrin.. tak membazir.. Bisik musafir nak menyedapkan hati.. “Semuanya RM 5.50 ya ustajah..” Hampir terjojol biji mata musafir memandangkan harga makanan di sini yang melammpau-lampau harganya.. mengalahkan harga café kat maktab je.. Tak boleh jadi ni.. Lepas ni musafir nak beli beras dan makanan kering.. Masak sendiri lagi bagus ba.. sampai je musafir di rumah nasi, sayur dan telur terpaksa di bahagi dua semuanya.. Untuk makan tengahari separuh.. untuk makan malam separuh.. Bertambah kuruslah musafir kat siniiiiiiiii…..


4 Dis 2009

Musafir sibuk menguruskan borang pengesahan lapor diri ke Pejabat Pelajaran Ranau dan ke sekolah..


5 Dis 2009

Bertolak ke Kota Kinabalu pada pukul 7 pagi.. Naik flight di Lapangan Terbang KK pada pukul 12.30 tengahari.. Tiba di LCCT pada pukul 3 petang.. Alhamdulillah sekarang musafir berada di rumah sehingga 29 Disember 2009 ni...


Selamat tinggal KLIA..


Taklimat di Hotel Airport View..


Tempat musafir menginap..


Suasana kabus pada pukul 10 pagi di luar tingkap belakang rumah musafir..

Pemandangan gunung kinabalu pada pukul 12 tengahari dari tepi rumah musafir..



5 minit jalan kaki ke sekolah musafir yang berlatarkan puncak gunung kinabalu..


Bibi di kantin sekolah...


Jumlah murid di sekolah.. 90 orang sahaja..



Kandang kambing berhadapan dengan kelas..



Suasana di dalam kelas..



Bilik guru yang menempatkan 9 orang guru..



Dhaif...



Kelas tahun 5..