Sahabat sejati sukar dicari..

Tuesday, May 5, 2009

Kami yg kelaparan..

Hari ni musafir dgn kawan-kawan tidak turun ke cafe.. Memandangkan lauk yg x menarik, kami terus ke bilik dalam keadaan yg lesu.. Apatah lagi badan masing-masing letih selepas berhempas pulas menjalani ujian segak di gim pg td.. Pd waktu mcm ni, katil le yg lebih penting dari memenuhi permintaan perut yg mnjerit2 minta diisi.. Bla da petang tba2 jeritan makin rancak.. Minta diisi la 2.. Bagaikan org mngantuk disorongkan bantal, musafir dipelawa utk makan oleh sahabat yg bleh la dikatakan jiran bilik musafir.. Kelihatan nasi yg masih panas mnyebabkan musafir x sbar2 nk mnjamahnya.. Tp............................... Alamak xde lauk laaa... Hmmmm kena la musafir belajar untuk menjadi kreatif skjp sblm dipostingkn.. Nk tau resepi kami???? Marilah cuba.. Hehe.. Mudah, ringkas dan senang.. Sesuai utk di mkn di mana sahaja serta bahan-bahannya sangat mudah diperolehi..

Bahan utama : Nasi Panas...

Bahan-bahan sampingan : "Lauk-pauk"

1) Budu dari bachok...


2) Cili api dari pahang


3) Ikan bilis mentah dari gambang


Hasilnyaaaaaaaaa??? Ini dia.. Memang sedap.. Hingga menjilat jari.. Mula2 sorg je yg makan..


Lepas 2 tibe2 plak jd dua org plak.. hehe.. memang sedap le 2..



Akhirnyaaaaaaaaaaaaa..... Kosong da 2... habis licin...




2 la die kisah kami seorg pelajar.. Alhamdulillah semua kenyang.. Rezeki berkat 2.. Sebab 2 la licin.. Sesiapa yg berminat boleh la makan ye.. Setakat ni xde lg yg sakit perut.. Selamat mencuba!!!

Insan yang Istimewa...


Aku benar-benar kagum dan tabik dgn sikapnya.. Tiada sesiapa pun yg mampu menjadi sepertinya.. Seorang laki-laki yg sabar.. tabah.. dan cekal dalam menghadapi hidupnya.. Beliau tidak pernah mengeluh.. Beliau tidak pernah merasa kurang di dalam hidupnya.. Berkat kasih sayang di dalam sesebuah keluarga, beliau bangun dalam menghadapi segala liku-liku hidup yang mendatang tanpa henti.. Beliau tidak seperti orang lain.. Walaupun beliau tidak sekaya mana tapi beliau sentiasa berusaha tanpa jemu.. tanpa memikirkan penat lelah.. Bukan harta yg kami pandang tetapi hanya sekelumit sifat yg penuh kasih sayang kami dambakan.. Beliau tidak pernah memukul, mencubit apatah lagi untuk menampar.. Tetapi hanya teguran yang penuh hikmah beliau ukirkan dibibir penuh dengan senyuman.. Kelembutan beliau teserlah apabila beliau bijak mentadbir kami.. Beliau tidak pernah memaksa sebaliknya memberi kebebasan kepada kami terutamanya dalam berpolitik, mencari tempat belajar, memilih kerjaya dan seterusnya berkeluarga.. Semuanya beliau terima dengan hati yang terbuka.. Malang sekali bagi sesiapa yang tidak menghargai beliau.. Setiap kali aku bercerita kepada teman-teman tentang kehebatan beliau, aku jadi sebak.. jadi pilu.. dan seterusnya mengeluarkan air mata.. Aku tidak tahu kenapa… Banyak pengorbanan telah beliau taburkan kepada kami.. Beliau sanggup menaiki motorsikal untuk menghantar barang kepada ku di tempat belajar.. Biar panas atau hujan asalkan kami bahagia.. Siang malam beliau ke kebun.. ke kolam.. Bagi mencari sesuap nasi utk kami.. Beliau sanggup mengikut hati kami untuk membawa ke mana-mana sahaja kami ingin pergi.. Kami cukup manja sampai kadang kala beliau terasa dengan sikap kami yang terlalu berani dengan beliau.. Ktika hendak ke mana-mana, beliau sanggup tnggu kami yang lambat bersiap-siap.. Sedikit pun beliau tidak mengeluh.. Sebaliknya beliau isi masa beliau ketika menunggu kami dengan memotong ranting-ranting pokok bunga yang semakin panjang.. Jika tiada orang di dapur, beliau akan ke dapur untuk menyediakan makanan.. Jika tiada org ke jemuran, beliau sama-sama menjemur pakaian.. Malunya aku menjadi seorang perempuan seandainya aku tidak menghargainya.. Aku teringat sesuatu peristiwa.. iaitu selepas beliau penat mengecat rumah.. beliau duduk sebentar untuk melepaskan lelah sambil memanggil sorang-sorang nama kami untuk memicit beliau.. Akan tetapi terdapat di kalangan kami buat tak tahu dengan hanya menonton televisyen.. Aku memerhatikan beliau dari jauh.. Kelihatan beliau tidak marah walaupun setiap nama yang beliau panggil memberikan jawapan yang menghampakan.. Sebaliknya beliau hanya diam dan tersenyum.. Ya Allahh.. Luruh rasanya hati aku melihat kedutan di wajahnya.. Melihat uban di rambutnya.. Kesemuanya itu melambangkan pengorbanan yang telah lama dan sangat banyak dilakukan oleh beliau.. lantas aku mendekati beliau.. Perlahan-lahan jariku menari di bahu beliau.. Beliau memandang aku.. Alhamdulillah.. Ucapnya.. Aku tersenyum dan terus menerus memicit beliau hingga selesai.. Pada suatu hari ketika pulang dari tempat belajar ku untuk ke rumah, beliau telah berbincang denganku mengenai kesukaran untuk menjadi ayah.. Katanya beliau tidak akan sanggup melihat anak-anak ke mana-mana tanpa perhatian dari seorang ayah.. hatta pulang dari tempat belajar pun, beliau perlu mengambil tahu.. Biarlah jauh beribu batu.. Beliau tetap mengerahkan kudrat untuk mengambil kami.. Melainkan beliau benar-benar tidak mampu.. Itu pun beliau akan menelefon dari saat ke saat untuk memastikan kami selamat sampai.. Beliau menceritakan kepada ku tentang kisah hidupnya dahulu.. Ketakutan seorang anak pada ayah di masa dahulu adalah perkara biasa.. Beliau melaluinya.. Akan tetapi beliau berazam untuk tidak berbuat begitu kepada kami.. Beliau ingin menjadi kawan buat kami.. Bersama-sama mendengar dan menyelesaikan masalah kami.. Aku bangga menjadi anak kepada beliau.. Anak kepada seorang lelaki yang benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah.. Selagi hayatku di kandung badan, akan ku balas segala pengorbananmu abah… Maafkan aku andai aku pernah berbuat salah kepadamu..


Anakmu yang menyayangimu,

Musafir Di Tanah Gersang


Monday, May 4, 2009

Exam semakin dekat...



Cepatnye rasa masa berlalu.. Buku x baca lg.. Exam plak da dekat.. Musafir masih terpisat2 dpn laptop brusaha mnyiapkan kajian yg da brapa bnyk kali kna btulkn.. huhu.. Sedih tgok org lain yg da berhempas pulas study.. X smpai 3 minggu lg musafir kna pulun buku2 nih.. Tolak dgn mcm2 prog, tngal sminggu je rsanya.. Doakan musafir ye.. Ni final exam musafir utk sem 7.. Sem dpn sem akhir sblm musafir mninggalkan IPIS yg pnuh dgn knangan stlh 5 thn stgh mmbesar di sini..



Merenung kembali modul 5 subjek yg musafir ambil pd sem ni mnjadikn musafir teringat semula ilmu-ilmu yg musafir dapat kutip ketika berada di sini.. Ilmu dan pengalaman ni pastinya berguna buat musafir terutamanya dalam mendidik anak bangsa nanti.. Insya Allah.. Moga musafir dapat menghabiskan kandungan buku-buku ni sebelum tiba masanya untuk berperang di dewan peperiksaan nanti.. Buat sahabat-sahabat yang lain, sama-samalah kita ingat mengingati andai terlupa.. Bukan mementingkan diri sendiri sebaliknya sama-sama berkongsi kesenangan dan kesusahan bersama-sama..

Sifat Orang Munafik!!!!

Bukanlah satu perkara yang mudah untuk menghadapi manusia yang memiliki sifat munafik. Sejarah pernah memaparkan dakwah Rasulullah saw telah beberapa kali mendapat tentangan yang dilakukan oleh orang-orang munafik. Mereka ini diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Antara kejahatan Abdullah ini ialah dia pernah menaburkan fitnah terhadap Ummahatul Mukminin Saidatina Aisyah r.anha. Aisyah telah tertinggal daripada rombongan kafilah yang hendak pulang ke Madinah lalu ditemui Safwan bin Mu’attal yang bertugas sebagai peronda untuk memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan. Saidatina Aisyah kemudian dihantar pulang, namun kesempatan ini diambil oleh orang-orang munafik untuk memfitnahnya. Fitnah ini merupakan ujian yang sangat berat kepada Siti Aisyah. Fitnah ini tidak dapat dikawal kerana orang-orang munafik telah menyebarkannya. Walaupun fitnah ini sukar dibuktikan, tetapi ia juga sukar dinafikan. Akhirnya Allah SWT telah menurunkan wahyu dan membersihkan maruah Saidatina Aisyah daripada difitnah. Peristiwa ini menunjukkan betapa sukarnya untuk menghadapi fitnah orang-orang munafik. Hanya dengan berpandukan Al-Quran, hadis dan sejarah perjuangan baginda Rasulullah saw sahaja akan kita dapat mengetahui rahsia tipuan mereka dan bagaimana menghadapinya.

Secara kasarnya syariat telah menggariskan sifat-sifat asas orang-orang munafik ini iaitu “melahirkan suasana Islam dan menyembunyikan kekufuran.” Mereka ini muncul di peringkat Madinah iaitu ketika umat Islam telah membina kekuatan ekonomi, ketenteraan, undang-undang, pertanian dan lain-lain bidang kehidupan. Orang-orang munafik menyembunyikan kekafiran terhadap Allah SWT, Rasul-Nya dan kitabullah. Orang-orang munafik akan ditimpa seksaan sebagaimana firman Allah swt: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada darjat yang paling bawah sekali dalam neraka.” (Surah An-Nisa :145)

Sifat-sifat munafik terlalu banyak dan ada di antaranya sangat seni sehingga memungkinkan seseorang Muslim tidak dapat bebas daripadanya. Sering terjadi campur aduk antara kekafiran dan iman yang sentiasa berbolak-balik dalam jiwa seseorang. Apabila ini terjadi, dia disifatkan sebagai orang yang mempunyai “tanda-tanda munafik.” Justeru itulah, para sahabat Rasulullah saw sangat bimbang dengan tanda-tanda munafik yang mungkin terselit dalam hati mereka.

Orang-orang munafik merupakan orang-orang yang sangat berbahaya. Allah SWT sendiri telah mengingatkan kita akan tipu helah mereka hampir setiap surah dalam Al-Quran. Jadi, apakah tanda-tanda munafik yang diberitahu Allah kepada kita? Sifat-sifat orang munafik menurut Al-Quran adalah seperti berikut:



Menuduh orang beriman bersifat bodoh


Allah SWT telah menjelaskan sifat munafik ini dalam firman-Nya: “Apabila dikatakan orang kepada mereka, “ Berimanlah kamu sebagaimana manusia yang telah beriman, mereka berkata: Masakan kami beriman, sebagaimana orang-orang bodoh yang telah beriman. Ketahuilah sesungguhnya mereka itulah yang sebenarnya bodoh tetapi mereka tidak tahu.” (Al-Baqarah: 13)

Setiap kali ada umat Islam yang ingin mengamalkan cara hidup Islam, mereka akan dituduh kolot atau ketinggalan zaman. Sekiranya ada di antara mereka ingin meninggalkan amalan riba dalam pembelian, mereka telah dituduh bodoh dan menjalani perniagaan tidak menguntungkan. Sekiranya mereka menjaga batas-batas syariat dalam pergaulan, mereka giat dituduh sebagai penghalang kepada kemajuan dan sebagainya. Kerja-kerja yang tidak menyenangkan ini dilakukan oleh orang-orang munafik.



Menyuruh kepada yang mungkar dan melarang yang makruf


Firman Allah SWT: “Orang munafik lelaki dan orang munafik yang perempuan sesetengah serupa dengan yang sesetengah. Mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang daripada membuat kebajikan, mereka menggenggam tangannya (bakhil). Mereka lupa akan Allah SWT, oleh yang demikian Allah melupakan mereka pula. Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik.” (Surah At-Taubah: 67)



Keras kepala dan berbangga dengan dosa


Firman Allah SWT: “Apabila dikatakan kepadanya: Takutlah kepada Allah. Kesombongan menjadikan dia berbuat dosa. Maka cukuplah api neraka untuk balasannya dan adalah api neraka itu seburuk-buruk tempat tinggal.” (Surah Al-Baqarah: 206)

Orang-orang munafik sangat sukar untuk diberi keinsafan. Mereka rela mati dalam mempertahankan kebatilan yang mereka sembunyikan itu. Sejarah pernah menceritakan bagaimana Abdulllah bin Ubai telah terperangkap beberapa kali dalam 'lubang' yang digalinya sendiri, tetapi masih terus-terusan tidak insaf. Seluruh umurnya digunakan untuk menentang Islam.



Membantu orang kafir dan mengintip-intip orang beriman


Sifat munafik ini diceritakan Allah SWT dalam firman-Nya: “Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih iaitu orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu?”

“Iaitu orang yang menunggu-nunggu (peristiwa) yang akan terjadi pada dirimu (hai orang-orang mukmin). Maka jika terjadi bagimu kemenangan daripada Allah, mereka berkata: “Bukankah kami (turut berperang) berserta kamu?” Dan jika orang-orang kafir mendapat keuntungan (kemenangan), mereka berkata; “Bukankah kami turut memenangkanmu, dan membela kamu daripada orang-orang mukmin?” Maka Allah akan memberi keputusan di antara kamu di hari kiamat dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.” (Surah An-Nisaa': 138 - 141)

Pendirian orang munafik umpama lalang. Arah mana angin bertiup, ke situlah ia condong. Sebenarnya orang-orang munafik cuba mendapatkan keuntungan daripada kedua-dua belah pihak, Islam ataupun kafir. Walaupun begitu, hati mereka lebih kasih kepada orang kafir dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kekuasaan orang-orang kafir terhadap orang Islam.



Penipu, riak dan malas melaksanakan ajaran Islam


Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Jika mereka berdiri mengerjakan solat, mereka berdiri dengan malas, serta riak (menunjuk- nunjuk) kepada manusia. Tiadalah mereka itu mengingati Allah kecuali sedikit. Mereka itu di dalam keraguan antara kafir dengan iman.” (Surah An-Nisaa': 142-143)

Orang munafik tidak akan merasa kemanisan bahkan seolah-olah rasa terpaksa setiap kali melakukan ibadah. Semuanya dilakukan demi mengelabui mata manusia. Sifat malas, cuai, suka bertangguh-tangguh dan bermudah-mudah akan dapat dilihat dengan jelas. Oleh kerana itu sudah menjadi tradisi bagi Khalifah Ur Rasyidin yang empat, mereka tidak akan menyerahkan apa-apa jawatan kepada orang yang cuai beribadah (terutamanya solat) kerana khuatir amanah rakyat jatuh ke tangan orang-orang munafik.



Memecah-belahkan orang beriman dengan projek-projek yang tidak ikhlas


Rasulullah saw pernah menyuruh para sahabat meruntuhkan sebuah masjid yang didirikan oleh orang-orang munafik. Peranan masjid yang asalnya suci telah dijadikan tempat untuk memecah-belah perpaduan orang-orang beriman. Orang munafik merasakan tindakan mereka bertopengkan agama itu akan berjaya. Namun Rasulullah saw lebih tahu apa yang tersirat di hati mereka. Allah SWT telah memberitahu hal ini melalui firman-Nya: “Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah-belahkan antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu.

Mereka sesungguhnya telah bersumpah: “Kami tidak mengehendaki selain kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (Surah At-Taubah : 107)

Begitulah sifat-sifat orang munafik. Mungkin ada manusia bersifat munafik ini sangat hampir dengan kita seperti mana hampirnya Abdullah bin Ubai dengan Rasulullah saw. Mereka sanggup mengorbankan tenaga dan harta seolah-olah untuk membangunkan Islam tetapi hakikatnya adalah untuk menghancurkan perjuangan Islam. Bak kata pepatah, “tangan kanannya membangunkan Islam, namun tangan kiri meruntuhkan.”

Apakah tindakan kita selama ini seperti mana pepatah ini? Bagaimanakah kita dapat meng hadapi golongan munafik ini? Pertama, kita mestilah mempelajari Islam sedalam yang boleh dengan mengikuti kelas-kelas pengajian supaya kita tidak mudah tertipu. Kita tidak mahu disebabkan oleh kejahilan, kita sendiri yang mencemarkan Islam. Kedua, berhati-hatilah dengan siapa kita berkawan. Sekiranya kawan kita itu mengajak kepada yang mungkar dan meninggalkan yang makruf, nasihatilah dengan baik. Tanganilah segala permasalahan berpandukan syariat Islam. Sentiasalah bermuhasabah diri supaya setiap hari kita dijauhi daripada memiliki sifat-sifat munafik.

Allah SWT telah berfirman: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberi jalan keluar dan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka datangnya.”
(Surah At-Talak: 2)

* Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Ada tiga tanda orang munafik; apabila berbicara ia berbohong, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila dipercaya ia berkhianat


Ihsan dari : http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=blog&pg=blog_main&ac=4629&blogid=zana1038


p/s : Marilah kta muhasabah diri kita sma ada kita trgolong di kalangan org munafik atau tidak......