Sahabat sejati sukar dicari..

Tuesday, May 5, 2009

Insan yang Istimewa...


Aku benar-benar kagum dan tabik dgn sikapnya.. Tiada sesiapa pun yg mampu menjadi sepertinya.. Seorang laki-laki yg sabar.. tabah.. dan cekal dalam menghadapi hidupnya.. Beliau tidak pernah mengeluh.. Beliau tidak pernah merasa kurang di dalam hidupnya.. Berkat kasih sayang di dalam sesebuah keluarga, beliau bangun dalam menghadapi segala liku-liku hidup yang mendatang tanpa henti.. Beliau tidak seperti orang lain.. Walaupun beliau tidak sekaya mana tapi beliau sentiasa berusaha tanpa jemu.. tanpa memikirkan penat lelah.. Bukan harta yg kami pandang tetapi hanya sekelumit sifat yg penuh kasih sayang kami dambakan.. Beliau tidak pernah memukul, mencubit apatah lagi untuk menampar.. Tetapi hanya teguran yang penuh hikmah beliau ukirkan dibibir penuh dengan senyuman.. Kelembutan beliau teserlah apabila beliau bijak mentadbir kami.. Beliau tidak pernah memaksa sebaliknya memberi kebebasan kepada kami terutamanya dalam berpolitik, mencari tempat belajar, memilih kerjaya dan seterusnya berkeluarga.. Semuanya beliau terima dengan hati yang terbuka.. Malang sekali bagi sesiapa yang tidak menghargai beliau.. Setiap kali aku bercerita kepada teman-teman tentang kehebatan beliau, aku jadi sebak.. jadi pilu.. dan seterusnya mengeluarkan air mata.. Aku tidak tahu kenapa… Banyak pengorbanan telah beliau taburkan kepada kami.. Beliau sanggup menaiki motorsikal untuk menghantar barang kepada ku di tempat belajar.. Biar panas atau hujan asalkan kami bahagia.. Siang malam beliau ke kebun.. ke kolam.. Bagi mencari sesuap nasi utk kami.. Beliau sanggup mengikut hati kami untuk membawa ke mana-mana sahaja kami ingin pergi.. Kami cukup manja sampai kadang kala beliau terasa dengan sikap kami yang terlalu berani dengan beliau.. Ktika hendak ke mana-mana, beliau sanggup tnggu kami yang lambat bersiap-siap.. Sedikit pun beliau tidak mengeluh.. Sebaliknya beliau isi masa beliau ketika menunggu kami dengan memotong ranting-ranting pokok bunga yang semakin panjang.. Jika tiada orang di dapur, beliau akan ke dapur untuk menyediakan makanan.. Jika tiada org ke jemuran, beliau sama-sama menjemur pakaian.. Malunya aku menjadi seorang perempuan seandainya aku tidak menghargainya.. Aku teringat sesuatu peristiwa.. iaitu selepas beliau penat mengecat rumah.. beliau duduk sebentar untuk melepaskan lelah sambil memanggil sorang-sorang nama kami untuk memicit beliau.. Akan tetapi terdapat di kalangan kami buat tak tahu dengan hanya menonton televisyen.. Aku memerhatikan beliau dari jauh.. Kelihatan beliau tidak marah walaupun setiap nama yang beliau panggil memberikan jawapan yang menghampakan.. Sebaliknya beliau hanya diam dan tersenyum.. Ya Allahh.. Luruh rasanya hati aku melihat kedutan di wajahnya.. Melihat uban di rambutnya.. Kesemuanya itu melambangkan pengorbanan yang telah lama dan sangat banyak dilakukan oleh beliau.. lantas aku mendekati beliau.. Perlahan-lahan jariku menari di bahu beliau.. Beliau memandang aku.. Alhamdulillah.. Ucapnya.. Aku tersenyum dan terus menerus memicit beliau hingga selesai.. Pada suatu hari ketika pulang dari tempat belajar ku untuk ke rumah, beliau telah berbincang denganku mengenai kesukaran untuk menjadi ayah.. Katanya beliau tidak akan sanggup melihat anak-anak ke mana-mana tanpa perhatian dari seorang ayah.. hatta pulang dari tempat belajar pun, beliau perlu mengambil tahu.. Biarlah jauh beribu batu.. Beliau tetap mengerahkan kudrat untuk mengambil kami.. Melainkan beliau benar-benar tidak mampu.. Itu pun beliau akan menelefon dari saat ke saat untuk memastikan kami selamat sampai.. Beliau menceritakan kepada ku tentang kisah hidupnya dahulu.. Ketakutan seorang anak pada ayah di masa dahulu adalah perkara biasa.. Beliau melaluinya.. Akan tetapi beliau berazam untuk tidak berbuat begitu kepada kami.. Beliau ingin menjadi kawan buat kami.. Bersama-sama mendengar dan menyelesaikan masalah kami.. Aku bangga menjadi anak kepada beliau.. Anak kepada seorang lelaki yang benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah.. Selagi hayatku di kandung badan, akan ku balas segala pengorbananmu abah… Maafkan aku andai aku pernah berbuat salah kepadamu..


Anakmu yang menyayangimu,

Musafir Di Tanah Gersang


No comments: