Sahabat sejati sukar dicari..

Thursday, June 25, 2009

Apakah sumbangan kita kepada ISLAM????



Janganlah kita sibuk mencari apakah sumbangan ISLAM kepada kita tetapi kita sendiri tidak berusaha untuk menyumbangkan sesuatu kepada ISLAM. Sedangkan bukan ISLAM yang memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan ISLAM.. Lantas fikiran musafir sempat berkira-kira bilangan hari musafir akan menghabiskan sisa-sisa hidup berada di Bumi Ilmu yang sangat mengajar musafir tentang sebuah kehidupan.. Alhamdulillah YA ALLAH.. Takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH sememangnya mempunyai hikmah yang tidak terhingga.. Terdetik di hati musafir bahawa ALLAH Maha Mengetahui bahawa kemampuan musafir adalah di bumi IPIS.. Memikirkan tentang tempoh masa 5 tahun yang telah berlalu musafir di sini, terkenang kembali cabaran-cabaran dakwah dan tarbiah dalam melatih diri menjadi hamba ALLAH.. Memang kadang kala terasa pahit untuk dihadapi tetapi hakikatnya sangat manis apabila dikenang.. Medan agama yang tidak lari dari cabaran-cabaran ini menjadikan musafir rindu teramat sangat untuk kembali aktif seperti dahulu.. Menjadi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dalam mengemudi muslimah-muslimah IPIS bukanlah suatu perkara yang mudah.. Lebih-lebih lagi dalam masa yang sama tanggungjawab menjaga diri sendiri, menuntut ilmu dan komitmen bersama ibu bapa di rumah perlu diagihkan dengan adil dan saksama supaya tidak ada yang lompang dalam menjadi seorang da’ie.. Kini, musafir perlu bersedia pula untuk melibatkan diri dalam gerak kerja ISLAM di luar kampus yang entah bagaimana pula cabaran yang tiba.. Ya ALLAH, izinkanlah aku untuk terus beristiqamah di jalanMu.. Ameenn.. Berbalik kepada sumbangan kita kepada ISLAM, kita perlu mengenalpasti kemahiran yang ada di dalam diri kita untuk melakukan gerak kerja ISLAM biarpun hanya sedikit.. Jangan hanya menjadi seorang pemerhati atau seorang penyokong sahaja tetapi mulakanlah langkah untuk menjadi seorang pendukung.. Sama-sama berdiri di saf perjuangan medan dakwah.. Sama-sama merasa rintangan-rintang yang perlu dihadapi dan akhirnya sama-sama merasa kemanisan hasil daripada perjuangan ini.. Teringat musafir pada kata-kata Ustaz Nasrudin At-Tantawi, “Untuk mendapatkan hasil semanis madu, ia memerlukan pengorbanan sepahit hampedu..” Jangan kita risau untuk berkorban kerana Allah telah menjanjikan bantuan kepada sesiapa yang membantu agamaNya.. Bantuan inilah yang kadangkala datang kepada kita tanpa disangka-sangka seperti yang tertera di dalam ayat 1000 dinar.. Adakah masa rehat buat kita tentera-tentera ALLAH jika musuh di sekeliling sentiasa mengambil peluang dalam kelekaan kita.. Musafir bukanlah seorang yang pandai untuk berkata-kata tetapi ini adalah peringatan untuk diri musafir sendiri supaya tidak mencari 1000 alasan dalam memberi sumbangan kepada ISLAM sementara hayat masih di kandung badan..

No comments: