Sahabat sejati sukar dicari..

Thursday, June 25, 2009

Kepentingan Tarbiyah dan Dakwah kepada naqib

Add Image

Baru-baru ni telah diadakan pengisian buat nuqaba' MTEN yang dijalankan di dewan Idris Al-Marbawi oleh Ustaz Ashraf (boleh rujuk pada blog ust asyraf di alamat http://ulumcordova.putrabytes.com/).. Di kesempatan ini musafir akan berkongsi beberapa isi penting yang dapat musafir ambil dalam menambahkan kemahiran sebagai naqibah.. Naqib merupakan seseorang yang memperkenalkan sesuatu kepada kaumnya iaitu merupakan maksud yang terdapat di dalam kamus.. Apabila kita kembali menyorot sejarah Islam di mana seorang naqib iaitu Mus'ab b. Umair telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w untuk memimpin 12 orang penduduk Madinah yang telah datang ke Mekah bagi memeterai perjanjian aqabah yang pertama.. Mus'ab bin Umair merupakan seorang naqib yang bertanggungjawab untuk melakukan proses dakwah dan tarbiyah di Madinah sehinggakan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w ketika berhijrah ke sana di sambut dengan nyanyian nasyid tala'al badru.. Betapa berjayanya seorang naqib apabila menjadikan anak usrahnya lebih mendekati Allah s.w.t. Proses tarbiah dan dakwah ini mempunyai perbezaannya yang tersendiri..

Dakwah - berasal dari perkataan da'ie iaitu mengajak dan menyeru
Tarbiyah - berasal dari perkataan rabb iaitu menjaga, mengawal, mentadbir dan menyusun

Ini bermakna dakwah perlu di laksanakan oleh da'ie untuk memastikan agama Islam terus tertegak di bumi Allah.. Akan tetapi, seorang da'ie pula perlu menjalani proses tarbiah kerana tarbiyah lah yang akan membentuk dan melahirkan seorang da'ie..

Merujuk kepada al-Quran, terdapat beberapa proses tarbawi yang dilakukan kepada Nabi-Nabi seperti Nabi Musa a.s yang menjalani proses tarbiyah sebaik sahaja beliau dilahirkan sehinggakan beliau yang masih bayi terpaksa dihanyutkan di sungai.. Akhir sekali beliau telah terdampar di istana firaun yang menjadi medan tarbiyah beliau.. Selepas itu terdapat juga proses tarbiyah di mana Nabi Musa telah dipertemukan oleh Allah s.w.t dengan Nabi Khidir bagi mengasah sifat-sifat kenabiannya.. Selepas beberapa peristiwa yang dilalui oleh beliau, beliau telah kembali semula ke istana untuk menentang Firaun.

Proses dakwah ini boleh diperolehi ketika mendengar ceramah, forum dan lain-lain tetapi proses tarbiyah pula boleh diperolehi melalui usrah.Ini bermakna seorang naqib perlu memberi fokus kepada pendidikan anak usrah dan mengambil berat dari apek kebajikan mereka. Sememangnya ciri seorang individu yang efektif ialah apabila kita meletakkan matlamat akhir di hadapan sebelum melakukan sebarang tindakan.. Menjaga mad'u seperti kita menjaga sebuah pokok.. Untuk mendapatkan sebuah pokok yang baik, kita perlu :

1) menanam benih yang betul - Masakan kita teringin untuk mendapatkan hasil buah rambutan tetapi kita menanam benih pokok durian?? Pastinya yang akan tumbuh adalah pokok durian dan bukannya pokok rambutan seperti yang kita harapkan..

2) memberi baja yang sesuai - baja yang sesuai perlu bagi memberi kekuatan kepada pokok untuk hidup dengan lebih sihat dan baik.. Jika baja tidak diberi, kemungkinan pokok tidak subur dan lambat membesar..

3) Selain daripada kedua-dua perkara di atas, kita juga perlu menjaga pokok dari musuh-musuh yang dapat membantutkan pertumbuhannya seperti serangga, siput, pokok deduit dan lain-lain. Ia dapat dilakukan dengan mencantas musuh-musuh pokok tersebut serta menghindarkannya daripada benda-benda yang boleh merosakkannya..

Ketiga-tiga perkara di atas hanyalah analogi sahaja yang boleh diaplikasikan oleh naqib dalam menjaga mad'u masing-masing.

Manakala bagi mengatasi masalah yang terdapat di dalam usrah pula, naqib perlu menjadi seperti seorang doktor yang merawat pesakit seperti :

1) mengetahui punca penyakit yang menghalang proses normal seorang pesakit

2) Memastikan pesakit sentiasa sabar dan istiqamah ketika sedang menerima rawatan melalui kaedah-kaedah yang kreatif

3) Jangan terlalu mengikut kehendak pesakit yang boleh menambahkan kesakitan seperti seorang pesakit diabetis perlu dielakkan daripada makan makanan yang bergula

Untuk akhirnya beberapa pesanan yang perlu diambil berat oleh naqib ialah :

1) Ingatlah... kita semua adalah pendidik yang memberi pendidikan kepada diri sendiri dan orang lain.. perbezaan di antara pendidikan dan pembelajaran ialah pendidikan adalah untuk semua orang tetapi pembelajaran adalah khusus untuk guru dan murid sahaja..

2) Ingatlah... janganlah kita suka menghukum seseorang terlalu awal terutamanya kepada anak usrah kerana ia akan melunturkan semangat kita untuk mengubah mereka..

3) Ingatlah.. jadilah seorang naqib yang baik sehinggakan kita boleh memastikan sama ada anak usrah kita dapat melakukan qiamullail atau tahajjud dengan baik..

4) dan ape yang paling penting sentiasalah kita beristiqamah dalam mendengar pengisian-pengisian yang diadakan untuk para nuqaba' bagi menambahkan saqafah kita.. Kerana jika kita sendiri tidak beristiqamah, jangan harapkan anak usrah yang istiqamah juga dalam menghadiri usrah kita..


No comments: