Sahabat sejati sukar dicari..

Wednesday, July 8, 2009

Bila Guru Buka Mulut Pasal Cinta....

Dipetik dari majalah Ar-Robithah..


GURU FIZIK

Cinta merupakan daya tarikan antara kutub utara (lelaki) dan kutub selatan (perempuan)


GURU BIOLOGI

Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya


GURU KIMIA

Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya


GURU MATEMATIK

Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar


GURU BAHASA

Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya


GURU SEJARAH

Cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ia tepat dan benar, tetapi jangan lupa jika ada sebab pasti ada akibatnya


GURU EKONOMI

Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung


GURU PENDIDIKAN MUZIK

Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan


GURU GEOGRAFI

Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah.. kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkala panas


GURU PENDIDIKAN ISLAM

Jangan sesekali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa..



Bicara tentang guru....


Seronok betul kalau kita dapat berbicara tentang guru... Lebih-lebih lagi jika kita seorang guru... Kalau tak percaya kita tanyalah murid-murid.. pasti ada sahaja cerita mereka tentang guru.. Hari ni cikgu bad mood la.. kena denda la.. X suka la cikgu garang.. menyampah.. hehe.. tu la kata mereka.. tp semuanya bergantung pada kita.. biar tegas tapi mesra.. Hari ni musafir masuk kelas, kna buat-buat garang dulu.. yela kalau tak, budak pijak kepala.. tu la rahsia nak control kelas.. Tapi semester ni kena ajar pj lak.. Lagi la kena tegass..



Tp kadang-kadang ada juga guru yang menjadi kesukaan student.. Biasa la yg pandai wt lawak dlm kelas.. yg ngaja best.. Kalau hari guru je penuh hadiah kt meja.. Teringat plak masa kecik2 dulu.. punye la suka dengan sorang ustazah 2, musafir bagi hadiah kat die cuma sekotak tisu je.. haha malunye.. dah la tisu tu musafir da tebuk.. malu la ingat balik.. tp yang penting ikhlas kn.. hek hek.. budak-budak..

Tak kurang juga ada student yang 'minat' kat cikgu.. x kira la sama jantina atau tak.. Teringat masa praktikum kat sungai burung.. Ada sorang budak ni agak menakutkan musafir.. Budak pempuan darjah 6.. selalu sangat bagi surat.. Jiwang tu ayatnye.. seram sejuk musafir baca.. Sekarang budak tu da form 2 da.. Antara ayat die.. "Ustazah bagaikan bulan di pagar bintang.. Saya nak jumpa ustazah lepas waktu sekolah kat kolam ikan sebelah kantin.. Setiap pagi saya tunggu ustazah kat pagar sekolah dan cium tangan ustazah bila ustazah datang.." Dahsyat betul masa 2.. Yang tak tahannye sampai curi-curi amik gambar musafir masa mengajar n kat bilik guru..

Yang mana satu pun kita, kita adalah guru.. yang pastinya menjadi contoh kepada semua pelajar.. Bak kata tuan syed (lec unit praktikum), sekali kita menjadi cikgu, selamanya orang akan ingat kita sebagai cikgu.. Walaupun hingga kita meninggal dunia suatu hari nanti, kubur kita pun orang akan panggil KUBUR CIKGU!!!


Tuesday, July 7, 2009

Hari pertama sebagai warga skkw..

Hari ni 6 Julai 2009, bermulalah tugas musafir sebagai guru praktikum fasa ke 3 sebelum menamatkan zaman ijazah pada akhir tahun ini.. Alhamdulillah musafir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan.. Tiada apa yang hendak musafir komenkan di sini melainkan guru-gurunya yang peramah serta sekolah yang cukup besar dan cantik.. Apa pun musafir tidak dapat lagi memberi komen yang sepenuhnya disebabkan jadual dan kelas belum lagi diserahkan pada kami.. Sesampainya musafir di sekolah ini, musafir dan kawan2 diberikan tempat yang cukup baik dan selesa di dalam 'pejabat' guru..

Meja guru untuk musafir.........


Buku rancangan mengajar lama yang akan bertukar kepada yang baru...

Anyway, doakan musafir agar terus cemerlang, gemilang dan terbilang ea..

Hukum Tengok Wayang

Sekadar hiasan......

Baru-baru ni musafir ada terdengar seorang adik musafir bercerita tentang guru sekolah agamanya.. "Mak, ada cikgu kat sekolah ati tu kn die baik sgt dgn student.. Die ajak kitorg tgok ice age3 sebab die xde kwn nk p sorang2.." Terkejut musafir dengar.. Musafir pun menyampuk.. "Isk.. Ape la cikgu sekolah agama cakap mcm 2.. Menggalakkan anak murid tengok wayang plak.. Patutnye cikgu kenala mencegah supaya anak murid tau hukum dan halal haram.. ni x.. lagi kelirukan student seolah2 benda 2 bleh dibuat plak.." Lancar sahaja musafir menghukum.. Tiba-tiba si adik menjawab.. "Emm nape xleh tengok wayang ye?? kita bukannye p campur laki perempuan.. Kita kn p perempuan sume.. Nape xleh plak??" Musafir hilang alasan dan terus terfikir tentang filem islamic syukur 21 yang pernah ditayangkan di pawagam sebelum ni... Disebabkan ilmu yang tersangat cetek ini, musafir terus mencari maklumat di internet.. So, musafir nk kongsikan jawapan kepada persoalan ni dan beberapa komen mengenainya sebab waqi' atau tempat juga memainkan peranan dalam menentukan sesuatu hukum..

Hukum Tengok Wayang



DIkirim oleh mohd masri di Julai 1, 2007


Salam
Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang besama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.


jawapan:


wa’alaikumussalam


Kami akan menjawab soalan zaliasma dengan kada yang termampu, Insyaallah.


Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di panggung wayang, jawab beliau :


لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:


“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.


Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”


Syarat-syaratnya :-


1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.


2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.


3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–


Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.


Sekian, wassalam

===========

1. Fatwa al-Qaradhawi – http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=3589&version=1&template_id=232&parent_id=17


2. Fatwa Dr Ahmad Syarabasi – http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544786


al-ahkam



6 Respons kepada “Hukum Tengok Wayang”

  1. amin berkata

    salaam. ni dari buku halal wa haram fil islam ni kan? mcm penah baca.
    ana ade satu soalan. Kadang-kala ada beberapa ulama’ secara khususnya Malaysia menjatuhkan hukum haram untuk pergi tengok wayang.
    Hukum dibuat berlandaskan usul fiqh “tidak wajib sesuatu itu melainkan diletakkan di atasnya sesuatu yang wajib”. Hujah menggunakan usul fiqh itu ialah kerana wajib bagi umat Islam melakukan amar maaruf dan nahi mungkar, seperti di dalam beberapa ayat di dalam surah Ali-Imraan, dan waqie’ Malaysia pula wayang tidak menghalang malah sanggup menyediakan ‘couple seat’ dan tempat untuk para couple.
    Bagaimana tuan? WaLlahua’lam.

    aslm wbt

    fatwa Malaysia ini tiada salahnya, bahkan bersesuain dgn keadaan Malaysia. Dan saya sendiri cenderung utk xmembenarkan pergi ke pawagam.

    wallahu’alam

  2. amin berkata

    assalamualaikum.

    syukran jazilan ustaz sbb jawab soalan ana. cumenye yg masih menjadi persoalan dlm benak hati ana apabila ada konflik di antara kedua-dua hukum yang berlainan ini. Macam mana pula cara pengambilannya? Boleh ke jika seseorang pergi ke wayang berlandaskan fatwa Dr Yusuf Al-Qaradhawi sedangkan beliau tahu akan fatwa ulama’ Malaysia?

  3. mohd masri berkata

    amin, adakah wayang d malaysia menepati apa yg kedua ulama ‘ ini fatwakan?

  4. amin berkata

    Itu yang menjadi masalahnya. Ada sesetengah menganggap syarat-syarat itu hanya jatuh pada customer, ataupun penengok cerita di panggung wayang, bukannya pada customer dan juga pemilik panggung wayang. Soalan itu yang kadang-kadang menjadi masalah apabila hendak memberi nasihat kepada sahabat-sahabat lain.

  5. jasz berkata

    saye ni ader la kekurang fahaman tentang hukum haram bagi anjing,ader sesetengah pihak d sarawak beranggapan bila bulu atau badan anjing itu kering dan keadaan tangan kita jugak kering bila bersentuhan hukumnya tidak haram,apa pendapat anda……..

    aslm wbt

    sila search persoalan anjing di dalam weblog ini.

  6. abdullah berkata

    saya melihat banyak perkara mungkar di dalam panggung wayang 1. tiada batsan percampuran lelaki dan perempuan(tiada tabir) 2. berada dalam gelap (macam-macam boleh berlaku) 3. melihat aurat wanita pada filem (byk larangan melihat aurat samada orang auatu gambarnya) 4. melihat gambar benda hidup iaitu manusia dan haiwan (byk larangan dlm membuat gambar gambar benda hidup – spt orang atau hewan sedangkan filem ialah 25 hingga 30 keping gambar persecond) 4. adanya muzik (mendengar muzik membenih sifat munafik dfalam hati dan banyak larangan dalam hal muzik- tiada filem tiada muzik hatta cartoon) 5. byk mensia-siakan masa – lalai

Friday, July 3, 2009

Ujian seorang yang bernama musafir..

Semoga hati setenang pantai.. Biar pun dilandai badai bergelora... Itulah sunnatullah..


Belum satu jam musafir meluahkan perasaan tentang mehnah dan tribulasi seorang pejuang, musafir telah pun diuji Allah.. Alhamdulillah.. Sesungguhnya ujian inilah yang akan mematangkan musafir Insya Allah.. Apa yang paling penting musafir tidak putus asa dan menganggap ada hikmah yang tersembunyi di sebalik dugaan ini...........

Beberapa hari ini musafir cuba mengaktifkan pemikiran musafir (dah macam jimmy neutron plak) untuk menyelesaikan masalah.. 2 masalah tentang usrah dan 2 masalah tentang gerak kerja proksi.. Masalah yang pertama adalah masalah ukhwah di kalangan adik-adik.. Hmmm musafir kena selesaikan sebelum keluar dari institut ni.. kalau tak, makin berlarutan la gayanya pembekuan gerak kerja di ipgm ni.. Malangnya percaturan perjumpaan sering tak menjadi.. adik-adik sibuk dengan tugas masing-masing.. Kita hanya merancang dan Allah lah sebaik-baik perancang.. Masalah ni musafir akan cuba paskan pada orang lain sekiranya terdesak.. Masalah satu lagi adalah usrah wajib yang dijalankan oleh barisan MTEN.. Usrah tu sepatutnya dijalankan pada hari rabu.. Tapi memadangkan ramai anak usrah yang menjalani sesi praktikum pada waktu petang, maka musafir terpaksa menunda usrah supaya kepenatan berpraktikum tidak dapat menghilangkan fokus mereka pada tajuk perbincangan nanti.. Lagipun pengisian yang perlu ditekankan di dalam usrah baru diedarkan kepada musafir pada waktu petang.. Memandangkan musafir tidak sempat mencari maklumat untuk dikongsikan dengan semua anak usrah, musafir menunda usrah pada malam jumaat dan makluman ini telah disebarkan awal supaya tidak ada yang mengecualikan diri.. Sebelum menunggu hari usrah, sempatlah musafir mencari sedikit sebanyak tentang maklumat Hari Kiamat iaitu tajuk utama perbincangan kami nanti.. Ujian musafir bermula apabila di pagi jumaat, musafir mendapat panggilan telefon daripada abah di rumah yang meminta musafir untuk pulang ke rumah pada petang jumaat.. Fuhhh pening musafir apabila mengingatkan usrah yang akan dijalankan pada malam ni.. Musafir cuba merisik di kalangan rakan-rakan untuk membantu musafir, tp..................... masing-masing tak dapat menerima untuk menggantikan musafir dalam memberi pengisian usrah.. Betul juga tu.. Inikan tanggungjawab musafir.. Manakan boleh senang-senang untuk berganti-ganti.. Akhirnya musafir menelefon rumah dan meminta supaya abah mengambil musafir pada hari sabtu sahaja.. Walaupun musafir agak keberatan untuk menyusahkan abah, tapi musafir terpaksa demi tidak melihat anak-anak usrah terkontang kanting malam ini.. lagipun musafir dah janji dan malu untuk menangguhkan usrah ni lagi.. Tiba-tiba, petang jumaat musafir mendapat satu mesej..

"salam. akak, mcm mane ye mlm ni kalo nk bt usrah. dlm 4 org je ade.. ada y dh blk."

Tersentak rasanya.. Baru luahkan perasaan dalam blog.. Cepat betul Allah menguji.. Walaupun macam 2, musafir tetap meneruskan usrah walaupun hanya bersama-sama 4 orang anak usrah sahaja.. Apa yang musafir pernah nyatakan sebelum ini, janganlah tunding jari kepada mad'u kerana 4 jari yang lain menunjuk ke arah musafir sendiri.. Muhasabah diri mungkin menjadi peneman tidur musafir malam ni...........................................................


mehnah dan tribulasi seorang pejuang




Allah SWT berfirman di dalam Al-Qur’an, Surah Al-Ankabut, ayat 2-3:


(Maksudnya): Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja setelah mereka) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya (dengan itu) Allah mengetahui orang-orang yang dusta (di kalangan mereka).



Jikalau seorang pejuang itu tiada mehnah dan tribulasinya, manakan kita akan melihat perbezaan di antara pejuang yang benar-benar tulen atau pejuang-pejuang palsu yang hanya menempel kerana mahukan nama, pangkat dan dipandang tinggi oleh orang lain.. Sedangkan orang yang benar-benar ikhlas di jalan Allah inilah sebenarnya yang mampu mengatasi mehnah tanpa berpaling lagi ke belakang.. Salah satu mehnah yang kita hadapi kadangkalanya berpunca daripada kita sendiri.. Saya teringat kata-kata seorang pensyarah apabila beliau memeriksa refleksi kendiri di dalam rancangan pengajaran harian seorang sahabat saya.. Katanya......

" Kalau boleh saya nak tahu berapa peratus pelajar yang berjaya menerima pembelajaran dan berapa peratus pula yang tidak berjaya.. Cari punca kenapa terdapat pelajar yang tidak berjaya mencapai objektif pelajaran.. Saya nak, punca masalah bukan ditujukan kepada pelajar tp pada kelemahan guru sendiri!!"

Walaupun saya mempunyai sedikit tanggapan negattif pada pensyarah tersebut tetapi kata-katanya ada kebenaran yang boleh kita kaitkan di dalam hidup seorang pejuang.. Pelbagai masalah timbul yang sering dirungut-rungutkan oleh kita dalam melakukan gerak kerja islam.. Orang tak nak dengar dakwah kita lah.. Orang tak respect dengan kitalah.. Orang pandang serong kat kitalah.. Mad'u tak bagi komitmenlah.. Tak ada masa nak buat gerak kerjalah.. Tak layak dan tak cukup thaqafahlah.. Buat program agama tapi tak ramai nak datanglah.. Macam-macam lagilah... Tapi sebelum kita menunding jari yang satu kepada orang lain, mari kita lihat keempat-empat jari kita yang sedang menunding kepada diri kita sendiri..

Komitedkah kita kepada gerak kerja jemaah???? Ataukah kita hanya memberi alasan-alasan mudah untuk melepaskan diri dari meting?? dari program-program bermanfaat walaupun di anjurkan oleh orang lain (bukan ahli jemaah)?? Adakah kita menggalakkan lagi fitnah-fitnah terus dilemparkan kepada pejuang-pejuang Islam??? Elehhh pandai je cakap pasal dakwah tapi ponteng kelasss, lewat p kelass, amik remeh kerja-kerja amal jamaie, Lepaskan diri dari kerja-kerja sampingan walaupun sekecil-kecil perkara seperti menghadiri aktiviti gotong royong blok hostel, tak buat assigmnttt, malasss, tak jaga kebersihannn dan kekemasann, solat pun lewatt dll fitnah yang melanda kita sekarang.. Lepas tu kita bertakbir ramai-ramai.. ALLAHU AKBAR!!!! MARI KITA BERJIHAD!!! Sedangkan masyarakat di luar sana sedang mencari qudwatul haasanah untuk dicontohi.. Cuba kita fikirkan, hendak ke orang lain mengikut dakwah kita jika kita terus menjadikan mereka memandang serong dengan kelakuan kita??? Entah-entah jangankan hendak mengikut, mendengar sahaja pun mungkin mereka tidak mahu.. Jangan kita lupa, di luar sana ramai yang memandang kita dengan pandangan dan harapan yang tinggi... Dikhuatiri musuh-musuh Islam di luar sana akan mengambil kesempatan menghebah-hebahkan fitnah tersebut supaya orang lain menjauhi dakwah kita terus menerus.. Oleh itu, marilah kita sama-sama membetulkan diri kita daripada terus difitnah kerana impaknya bukan hanya pada diri kita sahaja sebaliknya orang lain juga akan terkena tempiasnya..

p/s-Peringatan ini adalah kepada DIRI SENDIRI dan sesiapa sahaja yang mengaku sebagai penggerak-penggerak islam..


Thursday, July 2, 2009

Sultan Muhammad al-Fateh

fatih


HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________


Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.


Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.


Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.


Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.


PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.


Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.


PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda


Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.


KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja


Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.


PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.


Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.


Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.


Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.


Bantuan Dari Pope Vatican

rantai merentang teluk horn


Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn


Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan


Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.


Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.


Karisma Seorang Pemimpin


Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.


Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.


Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.


Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.