Sahabat sejati sukar dicari..
Wednesday, September 30, 2009
Luahan hati sekeping kaca..
Jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi... Pelikk.. Kenapa mata rasa tak boleh nak lelap setelah seharian kepenatan menghadiri kursus.. "Tidurlah... esok nak bangun awal..." Sahabat sebilik dah mula bersuara... Belum sempat seminit, dah terlelap pun dia... Sedangkan musafir masih di depan laptop... seolah-olah mencari sesuatu yang tidak pasti... Kenapa ni.... Musafir cuba untuk bermonolog dengan diri sendiri... "Tup" cepat sungguh jari musafir menekan shut down di keyboard laptop... Laptop memejamkan mata untuk mula berehat.. Tak sampai tiga saat, musafir tekan kembali button on... Belum sempat laptop ini menikmati waktu 'rehat'nya, musafir telah memaksa dia untuk kembali bekerja.. Bekerja untuk apa??? Untuk mendengar luahan hati musafir sebagai peringatan dan muhasabah diri.. Akhir-akhir ini musafir rasa agak bersemangat untuk melakukan perlbagai gerak kerja sebagai bakti terakhir sebelum menghabiskan sisa-sisa di bumi IPIS.. Tapi semua program yang dirancang bermasalah sehingga ada yang perlu dibatalkan, ada yang tergantung statusnya dan ada yang masih menunggu sama ada ia perlu dilaksanakan atau tidak... Di manakah silapnya... Puas musafir meneliti... OOohhh mungkin usaha musafir yang tidak mantap... Atau dugaan yang Allah berikan untuk menguji keimanan musafir.. Atau satu platform untuk menjadikan musafir lebih matang dalam menghadapi masalah... Semuanya bermain-main di dalam fikiran... Esok masih ada... Musafir perlu meneruskan segala usaha selagi musafir mampu... Jika esok musafir tidak ada pun, pastinya akan ada para sahabat lain yang meneruskan gerak kerja ini... Yang penting, keyakinan perlu ada di dalam diri musafir, bahawa Allah tidak akan mensia-siakan usaha hambanya yang ikhlas.. Semoga hati ini akan terus tabah dalam menghadapi cabaran di dalam hidup.. Sesungguhnya semua cabaran manusia ini berlainan dari pelbagai sudut mengikut kemampuan masing-masing.. Musafir perlu ingat setiap manusia berbeza-beza dan tidak mungkin sama.. Jadi keunikan ini perlu ditangani dengan baik jika ukhuwah yang mantap diperlukan pada saat ini.. Semua yang tertera ini adalah pendapat peribadi musafir.. Luahan yang tertera ini sebenarnya satu motivasi kepada diri musafir sendiri.. Tiada niat lain selain itu.. Alhamdulillah.. lega rasanya seperti menurunkan batu yang besar di atas kepala.. Walluhua'lam...
Tuesday, September 29, 2009
Aktiviti di Bulan Syawal
Beberapa perkara yang berkaitan dengan fadilat berpuasa 6 di bulan Syawal hendak musafir kongsikan kepada semua.. Artikel ni musafir ambil dari internet..
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan. Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.Selain itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?
Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?
Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.
Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.
"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.
petikan ini merupakan garapan daripada mymasjid.net dan laman tazkirah
Monday, September 28, 2009
Kemaafan di pagi Syawal...
Saturday, September 12, 2009
Batalkah puasa kita???
Membaca blog Ustaz Zaharuddin menjadikan musafir terasa banyak kekurangan terutamanya dalam menjawab persoalan-persoalan yang kadang kala kerap ditanyakan kepada insan yang bernama ustaz dan ustazah ni.. Ustaz dan ustazah biasanya akan dipandang tinggi oleh masyarakat seolah-olah di dalam diri mereka jangan ada satu pun kekurangan.. Jika ada, maka hilangkah rasa hormat dan kepercayaan mereka kepada insan istimewa ini.. Bukan musafir nak katakan istimewa itu kerana ia terlalu mulia tapi musafir merujuk kepada tanggungjawab dan peranan yang amat berat untuk dipikul.. Alhamdulillah.. Di semester akhir ini musafir berkesempatan untuk mempelajari subjek usul fiqh berserta kaedah-kaedah untuk menetapkan hukum.. Walaupun hanya satu semester, sekurang-kurangnya adalah secebis ilmu yang dapat dikutip sebelum musafir berhadapan dengan masyarakat nanti.. Yang selebihnya, musafir perlu mencari sendiri terutamanya dalam meningkatkan pembacaan ilmiah di buku-buku rujukan atau internet.. Perkongsian musafir kali pertama ini tentang berpuasa sesuai dengan situasi kita sekarang di dalam bulan Ramadhan.. Maklumat-maklumat ni musafir ambil dari web ust zaharudin di www.zaharudin.net...
1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)
2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.
3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.
4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.
5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:
Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.
6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).
7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat :
Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)
8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa
Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.
9) Wanita tamat haid
Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )
10) Keluar air mazi
Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.
11) Keluar air mani tanpa setubuh
Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.
12) Menelan air liur
Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159)
13 ) Mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.
14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.
Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)
Thursday, September 10, 2009
Teguran itu kadang kala menyakitkan..
Teguran memang perlu dalam kehidupan tapi kadang kala amat menyakitkan.. Kegembiraan menonton cerita upin dan ipin hari ini memang agak melekakan musafir hingga musafir tidak memberi komitmen terhadap tugas yang perlu dilaksanakan hari ini.. Mungkin musafir memang perlu disalahkan atas dasar muslimat IPIS perlu lebih mantap daripada muslimat IPG lain.. Atas dasar muslimat IPG lain jauh berbeza dengan muslimat IPIS yang kadang kala perlu diketuk baru bergerak.. Musafir minta maaf pada semua kerana melekakan rakan seperjuangan.. Tak dapat dinafikan, musafir juga manusia biasa yang bukan terus boleh menjadi mahir.. Boleh cepat alert.. Kami masih belajar.. Musafir perlukan teguran membina.. Bukan teguran membanding, menguji atau menghentam dengan kata-kata yang tidak baik.. Teguran seperti ini kadang kala menjadikan musafir jauh dari terus percaya kepada diri sendiri..
Tuesday, September 8, 2009
Ramadhan kareem..
Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauhmana cinta pada Ilahi
Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih,cselawat dan tahmid suci.
Ramadhan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.
Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.
Kiriman Baitie_Nur
Sayangilah diri..
Allahu Akbar.... Cepat sungguh masa berlalu.. Sedar tak sedar ramadhan makin meninggalkan kita.. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir?? Wallahu a'lam.. Tidak ramai antara kita dapat menghayati nikmat ramadhan yang sebaiknya jika kita sendiri merasakan nikmat dunia akan kekal tiada berakhir.. Panggilan telefon daripada rakan yang menyatakan terdapat satu cubaan meencederakan diri sendiri di kampus beliau amat mengejutkan musafir.. Masya Allah.. Lailahaillah wa nauzubillah.. Di saat-saat kita sepatutnya menghabiskan masa di tikar sembahyang untuk mengejar malam lailatul qadr, wujud juga manusia yang masih bermain-main dengan mengacah-acahkan diri untuk mencuba-cuba ke arah kematian.. Manusia ini sememangnya mudah melatah jika dibebani dengan masalah... Tetapi musafir percaya cubaan-cubaan itu sememangnya bukan wujud dari sifat semulajadi manusia yang takutkan kematian tetapi wujudnya dari bisikan-bisikan taghut.. Teringat kembali soalan abah ketika berbuka puasa.. Manusia ni bila berbuka atau bersahur, suka melengah-lengahkan waktu solat maghrib dan subuh... Betul ke syaitan benar-benar diikat di bulan ramadhan????? Betul ke hanya nafsu yang menggalakkan diri berbuat maksiat??? Tak terjawab musafir dengan soalan abah dengan kecetekan ilmu yang dalam proses untuk sentiasa ditambah.. Akhirnya soalan itu terjawab dengan satu tazkirah di masjid.. Dikatakan syaitan itu bukan diikat sentiasa sebaliknya diikat daripada menghampiri hamba Allah yang hatinya benar-benar ikhlas untuk beribadah kepada Allah (wallahu 'alam).. Berbalik kepada sifat manusia yang suka melarikan diri dari masalah dengan membinasakan diri.. kadang-kadang musafir terfikir, tak takut ke mereka dengan kematian?? Alangkah baiknya jika niat kematian itu di manfaatkan di jalan Allah.. Pergi berperang ke... itu lebih bermanfaat kan.. Entahlah sukar difahami... Dalam hal seperti ini musafir berpendapat, mungkin kebanyakan mereka merasakan kematian itu mudah... Allahu Akbar... Banyak sangat ke amal kita di dunia ni sehinggakan kita tidak sabar-sabar untuk kembali kepada Allah sebelum dijemput???? Cukup bersediakah kita dengan soalan-soalan di dalam kubur???? Selesai ke masalah dengan cara seperti ini???? Sayangilah diri kita... Sayangilah diri walau kita dipandang rendah oleh orang lain.. Musafir sangat-sangat percaya, orang yang membinasakan diri seperti terjun bangunan, pastinya merasa menyesal ketika mana ia jatuh dari bangunan sebelum mencecah ke tanah.. Pastinya ketika itu ia mengharapkan ada watak khayalan superman menyelamatkan dirinya.. Orang yang meminum racun pula pastinya menyesal di saat-saat diri merasa amat sakit dikala nyawa ditarik dari jasad... Mungkin pada ketika itu ia mengharapkan racun itu tidak merbahaya kepadanya.. Orang yang menggantung diri pula pasti mengharapkan tali itu terputus atau longgar ketika keperitan tak tertahan... Kerana pada waktu itulah syaitan mula mengertawakan kita bahawa sebenarnya kita telah tertipuuuuu.... Pada waktu itu juga kita seolah-olah baru tersedar dengan permainan syaitan... Yang paling menyedihkan, menyesal tidak lagi berguna pada kita... Jawablah sendiri di akhirat..........