skip to main |
skip to sidebar
Kemaafan di pagi Syawal...
Syawal pada tahun ini amat bermakna dan berharga bagi musafir.. Kemaafan bersama ahli keluarga membuatkan di pagi Raya semua orang bergambar dengan mata yang berair.. Memang benar syawal ini menjadikan kita kembali kepada fitrah.. Fitrah kerana kita saling bermaafan disebabkan kesilapan yang lalu.. Manusia kan dilahirkan secara fitrah.. Kadang-kadang kemaafan ini bukan boleh dipaksa.. Sebab dia lahir dari hati yang ikhlas.. Tidak dinafikan ia perlu dipupuk dari semasa ke semasa.. Tahun ni musafir tak berkesempatan untuk melangkah dengan lebih jauh bagi meneruskan aktiviti ziarah menziarahi disebabkan ahli keluarga yang dah semakin dewasa.. Nak ke mana-mana pun perlu berhimpit-himpit di dalam satu kereta.. hehehe.. Tunggulah musafir dah kerja nanti ye.. Boleh beli kereta sendiri.. Alhamdulillah.. Aidilfitri pada tahun ni pun menyaksikan pakcik musafir selamat diijabkabulkan dengan insan pilihan.. 1 bas mengiring pakcik ke terengganu.. Hmm banyak pakai duit..Duit ohhh duit.... Eh da terlari tajuk plak.. Mengarut je musafir ni.. Macamana la nk jadi seorang yg pemikir.. Susah nak fokus.. Kita kembali kepada tajuk yang tertera di atas ye.. Bukan senang tau nak melafazkan kemaafan.. Lebih-lebih lagi kalau sahabat kita tu buat kesalahan yang bertimpa-timpa.. kadang-kadang rasa macam nak pejam mata je.. Nak bagi hilangkan masalah dan selesai semua selepas bukak mata.. Tapi mustahil lah kan.. Hmm itu lebih baik daripada pejam mata tak bukak-bukak... Na'uzubillah... Tapi kemaafan tu nikmat.. Sebab kadang-kadang kita boleh jadi lebih baik daripada sebelum ni.. Takpelah.. masing-masing pun ada sebab yang tersendiri menjadikan dia sukar memberi kemaafan (pendapat peribadi ye).. Cumanya janganlah dijadikan kemaafan di hari raya ini hanya sebagai tradisi sebaliknya sebagai satu platform untuk kita menjernihkan keadaan.. jadi di kesempatan ini musafir ingin menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan sama ada disengajakan atau tidak.. Sesungguhnya musafir manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan.. Okey la.. Roomate musafir kt dpan laptop da buat assigment.. Tercabar plak rasanya.. hehe.. Sambung nanti ye...
No comments:
Post a Comment