Sahabat sejati sukar dicari..

Saturday, January 30, 2010

Manisnya ukhwah..


Ukwah fillah abadan abada.. Manisnya ukhwah jika ia dibina kerana Allah.. Baru sahaja musafir menelefon seorang sahabat yang lebih 5 tahun kami tidak berjumpa.. Rindu rasanya bila mengenangkan pertemuan dan perpisahan yang telah lama berlalu.. Berlainan negeri, adat, loghat dan cara hidup menjadikan pertemuan ini adalah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh musafir.. sayangnya tiada satu foto pun yang tersimpan sebagai ingatan..

Alhamdulillah.. Perjalanan musafir selama dua bulan di Universiti islam Antarabangsa sedikit sebanyak telah meninggalkan pelbagai kenangan, pengalaman serta ilmu yang bermanfaat Insya Allah.. Kenangan bersama k.ada dan k.ida yang paling segar dalam ingatan.. Berkongsi masalah suka dan duka sangat membantu musafir seterusnya menyulam ukhwah yang sangat rapat antara kami.. Melihatkan suasana kampus yang semakin terhakis keislamannya menjadikan kami bersatu hati dalam menegakkan kalimah Allah.. Kami bersama-sama setiap masa dalam melibatkan diri di dalam beberapa persatuan sehingga musafir dan k.ida dapat menghabiskan masa buat kali terakhir di bukit fraser untuk menghadiri program McLead.. Musafir masih ingat satu panggilan penting dari abah yang meminta musafir meninggalkan UIA untuk mengikuti tawaran guru di maktab menghantui fikiran musafir sepanjang mengikuti program.. Hasrat itu musafir katakan pada k.ida dan k.ada dengan hati yang sangat berat.. Masing-masing antara kami mendiamkan diri.. Lebih sedih lagi bila saat-saat musafir akan meninggalkan uia, k.ada hilang entah ke mana.. Puas musafir mencari yang ada hanyalah sehelai kertas.. Sepucuk surat luahan hatinya cukup membuatkan musafir menitiskan air mata... Akhirnya dengan rasa redha kami pun berpisah dan berazam akan bertemu kembali..

Itulah manisnya ukhwah.. Susah dan senang dikongsi bersama... Bukan hanya ketika sahabat kita senang sahaja kita menjalinkan ukhwah tetapi jika sahabat kita susah kita mula menjauhkan diri.. Lebih manis jika sakit dalam menegakkan kalimah Allah itu dikongsi bersama.. Fikrah yang sama dan pegangan yang sama.. Kesemua itu bakal membuahkan hasil kekuatan semangat serta kemantapan dalam bertindak.. Akan kami abadikan kenangan ini hingga akhir hayat.. Terima kasih sahabat-sahabatku...


Lirik lagu yang sering k.ada beri pada musafir :

Nostalgia

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Friday, January 29, 2010

Sajak buat ibu dan ayah..




Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah atas kurniaan yang sangat berharga buatku.. Ayahanda dan bonda tercinta yang jauh nun di sana.. Anakmu di perantauan sentiasa merindui kalian berdua.. Ku doakan kalian sentiasa dirahmati dan dipayungi dengan kasih Ilahi..

Ayahanda yang tercinta..
Masih jelas dalam ingatanku..

Saat kau muda bertenaga,

kau habisi peluhmu buat kami berlima..

tanpa ada jawapan tidak,

kau curahkan segala kasih sayang..

Demi kemahuan kami,
kau turuti semuanya..
Walaupun puteri-puteri mu ini tidak pernah membalasnya..

Namun kau teruskan tugasmu tanpa cacat cela..


Bonda yang tersayang...

Rindu anakmu ini
dengan segala leteran berguna..

Tegahanmu ada hikmahnya..

Marahmu ada pujuknya..

Mana mungkin akan ku temui,
insan yang di sebalik wajah itu
ada sekeping hati yang lembut..

Menunjukkan kasih seorang ibu..

Biarpun anakmu ini masih tidak mengerti,

Kau teruskan jua janjimu pada Illahi..

Ayahanda dan bonda yang tersayang..

Banyak sudah yang kalian korbankan..

Kalian berjaya kini mendidik kami
menjadi orang yang berguna..

Berbakti kepada anak bangsa..

Walaupun kita terpaksa berjauhan,

Namun kalian masih di dalam ingatan..

Setiap detik dan waktu..


Ayahanda dan bonda..
Masih ingat raut kedua-dua wajah kalian..

Di saat kita perlu berpisah..

Ayah... masih tidak lekang dengan nasihat bermakna..

Bonda... hanya sinaran matamu yang mampu berkata-kata..

Aku yang cuma memahami dalam kesuraman suasana..

Berpelukan kami seperti tidak mahu dilepaskan..


Ayahanda dan bonda..

Doakanlah anakmu di sini..
Meneruskan tugas yang mulia..

Tanpa yang tersayang di sisi..

Moga dengan restu kalian,
perjuangan anakmu ini sentiasa dipermudahkan..


Ya Allah Ya Tuhanku..

kasihanilah ibu dan ayahku..

Sepertimana mereka mengasihaniku,

Sewaktu aku masih kecil..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..


Tuesday, January 26, 2010

Meneruskan Misi Dakwah di Sabah..

Alhamdulillah sempat juga musafir meluangkan sedikit masa untuk meneruskan penulisan dalam blog yang telah lama kosong dengan peringatan-peringatan untuk diri musafir khususnya.. terima kasih pada blog sahabat-sahabat yang secara tidak langsung meningkatkan semangat musafir untuk sama-sama menulis di medan yang pastinya menjadi persinggahan anak-anak masa kini.. Setelah hampir sebulan menggalas tanggungjawab sebagai guru, sudah bermacam-macam kerenah anak-anak murid yang tidak akan musafir lupakan.. anak-anak yang nakal tapi mempunyai kelebihan yang tersendiri.. Tidak kurang juga dengan rakan sejawat yang turut bermain dengan ragam masing-masing.. Cumanya sebagai orang baru di sekolah, banyak yang musafir perlu belajar.. Bermula dengan tugas sebagai pemerhati, kini tibalah masanya untuk melangkah setapak ke hadapan sebagai pelaksana pula.. Mengajar agama Islam di tahun 3, 4 dan 5 menjadikan musafir agak bingung kerana soal fardu ain boleh dikatakan pilihan terakhir dari aspek kepandaian yang ada dalam diri mereka.. Bila ditanya siapa yang tidak sembahyang, semua angkat tangan.. Termasuklah kelas tahun 5 yang kadang kala terdapat murid-murid yang sudah baligh... Hampir menitis air mata bila ditanya, kenapa kamu tidak sembahyang?? Saya tidak tau ustazah.. Saya tidak tau nak berwuduk dan nak solat... Bila ditanya kembali, bukankah kamu sudah belajar ketika di tahun 1,2, dan 3??? Jawabnya, lupalah ustazah.. lama sudah kami tak buat... terdiam musafir mendengarkan jawapan ini... Terus musafir terfikir.. Nak mula dari mana ye??? banyak sangat yang tak tau... Ini baru perkara yang paling asas iaitu tentang solat.. Belum lagi perkara sampingan yang lain.. Bila kelas al-Quran pula bermula, masing-masing membatukan diri.. Tapi bila musafir rangsangkan dengan beberapa huruf al-Quran, mereka nampak betul-betul bersemangat.. Semangat mereka menunjukkan mereka bukan tidak berminat tapi mereka seolah-olah kurang peluang dek kerana pembelajaran di sekolah dengan ramai murid yang perlu difokuskan oleh guru menjadikan pembelajaran al-Quran di sekolah memang tidak mencukupi.. Musafir cuba sekadar yang termampu iaitu pelajaran al-Quran di akhir waktu pembelajaran sekali seminggu (disebabkan ada di antara mereka yang mengikuti kelas agama) bergilir-gilir kelas al-Quran dan fardu ain bermula pada bulan ferbruari.. Oleh itu, target musafir ke Sabah ini ada 2 yang paling utama.. Insya Allah musafir akan cuba realisasikan sebelum musafir kembali ke semenanjung..

1) Memastikan murid-murid mengenal huruf al-Quran alif sampai ya..

2) Murid-murid tahu perkara asas solat dan wuduk..

nampak mudah tapi sebenarnya sukar.. Selagi ada kudrat yang termampu, musafir akan cuba bantu mereka mengenal perkara yang mereka tidak kenal.. Cabaran yang sangat tinggi tetapi hasilnya sangat mengembirakan jika ia berjaya ditempuhi.. Walaupun sukar, tetapi sedikit pun musafir tidak menyesal apabila terpilih menjadi seorang guru.. Sekali anak murid kita mendapat ilmu walaupun satu huruf ayat al-Quran yang dibaca, maka berganda-gandalah pahala yang kita dapat tidak putus-putus.. Insya Allah..

Tuesday, January 19, 2010

Walimatul urus..

Salam.. Walimatul Urus.. Jemput hadir semua sahabat-sahabat, guru-guru, pensyarah-pensyarah yang mengenali saya.. harap dapat sebarkan pada semua...

Tarikh : 20 Februari 2010
Tempat : Batu 36, Kampung Bukit Changgang, 42700 Banting, selangor
Masa : 10 pg - 4 ptg





Saturday, January 2, 2010

kemelut perjuangan..

Sedar tak sedar dah sebulan blog musafir bersawang.. Terlalu banyak perkara yang bermain di kepala hingga tak tahu mana satu yang ingin musafir bicarakan.. Melalui kehidupan seorang diri di tempat orang bukanlah sesuatu yang mudah.. Mungkin mudah bagi orang lain tapi cabaran ini terlalu besar buat musafir.. Di saat diri rasa kekosongan dek kerana kurangnya pengisian, program-program keagamaan dan aktiviti yang biasanya musafir ikuti di maktab menjadikan musafir agak lemah sedikit..Bukan bermakna musafir berputus asa tapi musafir perlukan kekuatan dan sokongan.. Sedihnya untuk musafir meneruskan bicara tapi ketahuilah apa yang terbuku di hati.. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan gurauan-gurauan musafir di facebook menampakkan musafir masih bermain-main untuk menjadi guru.. Dengan kata-kata yang ala kebudak-budakan serta komen-komen mengarut yang tidak matang seolah-olah musafir belum bersedia untuk dipostingkan seterusnya melebarkan lagi ilmu Allah di dalam kehidupan anak-anak ranau.. Sedangkan di dalam fikiran musafir ini penuh dengan kerisauan yang tidak dapat digambarkan.. Bermula dari sampai di sekolah lagi musafir sudah dihujani dengan pelbagai persoalan yang secara tidak langsung menyedarkan musafir untuk menyahut segala cabaran ini.. Mampukan engkau mengubah cara hidup anak-anak Ranau ini???? Seolah-olah ada bayangan syaitan yang tergelak-gelak di sekeliling musafir dengan menujahkan soalan-soalan dengan tujuan untuk melemahkan diri seorang guru yang masih muda untuk mengubah anak-anak Ranau ini.. Mampukah aku??? Dalam saat musafir sendiri kekurangan sesuatu, musafir sendiri yang tidak punya cukup ilmu dan semangat perjuangan, bagaimanakah untuk musafir membantu orang lain memahami Islam??? Sekiranya tiada sedikit semangat dalam diri, pastinya musafir akan segera ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk membeli tiket pulang ke rumah tanpa mempedulikan tanggungjawab musafir pada anak-anak ini.. Atau musafir akan segera ke Pejabat Pelajaran daerah untuk meminta surat pertukaran pada hari ini juga.. Tapi musafir perlu sedar.. Kedatangan musafir di sini dipilih oleh ALLAH disebabkan Dia Yang Maha Mengetahui.. Jika tidak musafir, siapakah yang hendak memberitahu anak-anak ini bahawa menari ketika hari keramaian itu haram!!! Memegang anjing itu Haram!! Memakai pakaian yang ketat dan berseluar pendek tanpa menutup aurat itu Haram!!! Jika bukan musafir, siapa lagi yang bertanggungjawab untuk menyedarkan mereka tentang semua kesalahan yang sudah sebati di dalam kehidupan seharian mereka itu... Berat amanah Allah ini.. Pastinya musafir tidak akan terlepas untuk ditanya di akhirat kelak.. Apakah yang musafir sudah lakukan untuk menyebarkan Ilmu ALLAH sebagai khalifah di bumi ini??? Pada waktu itu, musafir tidak mahu menjadi seperti seorang pesalah yang khianat pada amanah yang dipikulnya tetapi musafir mahu tersenyum kegembiraan atas usaha sedaya upaya musafir walaupun memakan waktu sedikit demi sedikit... Doakanlah perjuangan musafir ini mencapai kejayaannya... Insya Allah..