skip to main |
skip to sidebar
Manisnya ukhwah..
Ukwah fillah abadan abada.. Manisnya ukhwah jika ia dibina kerana Allah.. Baru sahaja musafir menelefon seorang sahabat yang lebih 5 tahun kami tidak berjumpa.. Rindu rasanya bila mengenangkan pertemuan dan perpisahan yang telah lama berlalu.. Berlainan negeri, adat, loghat dan cara hidup menjadikan pertemuan ini adalah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh musafir.. sayangnya tiada satu foto pun yang tersimpan sebagai ingatan..Alhamdulillah.. Perjalanan musafir selama dua bulan di Universiti islam Antarabangsa sedikit sebanyak telah meninggalkan pelbagai kenangan, pengalaman serta ilmu yang bermanfaat Insya Allah.. Kenangan bersama k.ada dan k.ida yang paling segar dalam ingatan.. Berkongsi masalah suka dan duka sangat membantu musafir seterusnya menyulam ukhwah yang sangat rapat antara kami.. Melihatkan suasana kampus yang semakin terhakis keislamannya menjadikan kami bersatu hati dalam menegakkan kalimah Allah.. Kami bersama-sama setiap masa dalam melibatkan diri di dalam beberapa persatuan sehingga musafir dan k.ida dapat menghabiskan masa buat kali terakhir di bukit fraser untuk menghadiri program McLead.. Musafir masih ingat satu panggilan penting dari abah yang meminta musafir meninggalkan UIA untuk mengikuti tawaran guru di maktab menghantui fikiran musafir sepanjang mengikuti program.. Hasrat itu musafir katakan pada k.ida dan k.ada dengan hati yang sangat berat.. Masing-masing antara kami mendiamkan diri.. Lebih sedih lagi bila saat-saat musafir akan meninggalkan uia, k.ada hilang entah ke mana.. Puas musafir mencari yang ada hanyalah sehelai kertas.. Sepucuk surat luahan hatinya cukup membuatkan musafir menitiskan air mata... Akhirnya dengan rasa redha kami pun berpisah dan berazam akan bertemu kembali..Itulah manisnya ukhwah.. Susah dan senang dikongsi bersama... Bukan hanya ketika sahabat kita senang sahaja kita menjalinkan ukhwah tetapi jika sahabat kita susah kita mula menjauhkan diri.. Lebih manis jika sakit dalam menegakkan kalimah Allah itu dikongsi bersama.. Fikrah yang sama dan pegangan yang sama.. Kesemua itu bakal membuahkan hasil kekuatan semangat serta kemantapan dalam bertindak.. Akan kami abadikan kenangan ini hingga akhir hayat.. Terima kasih sahabat-sahabatku...Lirik lagu yang sering k.ada beri pada musafir :NostalgiaTerkenang sebuah memori lalu Kisah persahabatan kita bersama Di dalam satu pengajian Menuntut ilmu dan pengalaman Mengingatkanku pengorbananmu Terpahat padu di kalbuku Bersama rakan taulan dan guru Tawa riangmu menghiburkan hatiku Indahnya suasana ketika itu Terjalin ukhuwah sejati Nasihatmu sungguh bermakna bagiku Mengenalkanku erti kehidupan Susah payah kita hadapi bersama Itulah asam garam dalam kehidupan Ya Tuhanku tabahkan hatinya Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat
1 comment:
"Indahnya Ukhwah itu apabila bertemu & berpisah kerana Allah"
-nice song- suka sgt2 (^_^)
Post a Comment