Sahabat sejati sukar dicari..

Tuesday, January 26, 2010

Meneruskan Misi Dakwah di Sabah..

Alhamdulillah sempat juga musafir meluangkan sedikit masa untuk meneruskan penulisan dalam blog yang telah lama kosong dengan peringatan-peringatan untuk diri musafir khususnya.. terima kasih pada blog sahabat-sahabat yang secara tidak langsung meningkatkan semangat musafir untuk sama-sama menulis di medan yang pastinya menjadi persinggahan anak-anak masa kini.. Setelah hampir sebulan menggalas tanggungjawab sebagai guru, sudah bermacam-macam kerenah anak-anak murid yang tidak akan musafir lupakan.. anak-anak yang nakal tapi mempunyai kelebihan yang tersendiri.. Tidak kurang juga dengan rakan sejawat yang turut bermain dengan ragam masing-masing.. Cumanya sebagai orang baru di sekolah, banyak yang musafir perlu belajar.. Bermula dengan tugas sebagai pemerhati, kini tibalah masanya untuk melangkah setapak ke hadapan sebagai pelaksana pula.. Mengajar agama Islam di tahun 3, 4 dan 5 menjadikan musafir agak bingung kerana soal fardu ain boleh dikatakan pilihan terakhir dari aspek kepandaian yang ada dalam diri mereka.. Bila ditanya siapa yang tidak sembahyang, semua angkat tangan.. Termasuklah kelas tahun 5 yang kadang kala terdapat murid-murid yang sudah baligh... Hampir menitis air mata bila ditanya, kenapa kamu tidak sembahyang?? Saya tidak tau ustazah.. Saya tidak tau nak berwuduk dan nak solat... Bila ditanya kembali, bukankah kamu sudah belajar ketika di tahun 1,2, dan 3??? Jawabnya, lupalah ustazah.. lama sudah kami tak buat... terdiam musafir mendengarkan jawapan ini... Terus musafir terfikir.. Nak mula dari mana ye??? banyak sangat yang tak tau... Ini baru perkara yang paling asas iaitu tentang solat.. Belum lagi perkara sampingan yang lain.. Bila kelas al-Quran pula bermula, masing-masing membatukan diri.. Tapi bila musafir rangsangkan dengan beberapa huruf al-Quran, mereka nampak betul-betul bersemangat.. Semangat mereka menunjukkan mereka bukan tidak berminat tapi mereka seolah-olah kurang peluang dek kerana pembelajaran di sekolah dengan ramai murid yang perlu difokuskan oleh guru menjadikan pembelajaran al-Quran di sekolah memang tidak mencukupi.. Musafir cuba sekadar yang termampu iaitu pelajaran al-Quran di akhir waktu pembelajaran sekali seminggu (disebabkan ada di antara mereka yang mengikuti kelas agama) bergilir-gilir kelas al-Quran dan fardu ain bermula pada bulan ferbruari.. Oleh itu, target musafir ke Sabah ini ada 2 yang paling utama.. Insya Allah musafir akan cuba realisasikan sebelum musafir kembali ke semenanjung..

1) Memastikan murid-murid mengenal huruf al-Quran alif sampai ya..

2) Murid-murid tahu perkara asas solat dan wuduk..

nampak mudah tapi sebenarnya sukar.. Selagi ada kudrat yang termampu, musafir akan cuba bantu mereka mengenal perkara yang mereka tidak kenal.. Cabaran yang sangat tinggi tetapi hasilnya sangat mengembirakan jika ia berjaya ditempuhi.. Walaupun sukar, tetapi sedikit pun musafir tidak menyesal apabila terpilih menjadi seorang guru.. Sekali anak murid kita mendapat ilmu walaupun satu huruf ayat al-Quran yang dibaca, maka berganda-gandalah pahala yang kita dapat tidak putus-putus.. Insya Allah..

3 comments:

::FaQirah alHawari:: said...

insyaAllah....teruskan usaha..banyak yg boleh kita sama2 berikan kt sini... slm juang teman...:)

debu86 said...

chaiyok2.. truskan usaha dakwah.. sekolah adalah medan kita..moga Allah permudahkan wlupun diri ni ada masa rasa lelah..

Rintihan 'abid said...

insya Allah.. terharu atas sokongan sahabat..