Sahabat sejati sukar dicari..

Tuesday, April 28, 2009

Padangofobia...

Hari ni mood x brapa bgus dsbbkn pnyakit selsema yg mnyerang musafir semalaman.. Tp bila teringat Ke'garang'an en jaflus yg sntiasa mngambil berat tntg studentnye, musafir pn kuatkn diri utk dtg ke gim.. Sedang musafir berlari anak (takut lmbt), musafir nmpk klibat bdak2 klas yg msih brlepak2 di tepi padang.. Fuhhh lega en jaflus x dtg lg.. Musafir pn duduk mlepaskn lelah smbil nk bca buku konon2nya.. tak sempat lh musafir nk mngalihkan pandangan ke halaman yg prtama, kdengaran suara2 jeritan dari gelanggang teniss.. Suara yg nyaring 2 mnarik prhatian musafir dan kwn2 yg len utk sama2 mngalihkan pandangan ke tgh gelanggang.. Musafir trkejut bla mlihat beberapa org 'muslimah' sedang bermain permainan musang dan anak ayam dgn 2 org 'muslimin'.. Kelihatan muslimah yg kononnya ktakutan bila dikejar dgn musang (lelaki) memegang baju di pinggang bapak ayam (biasanya emak ayam yg lindung anak ayam) sambil terjerit2.. Bayangkan la mereka memegang belakang lelaki 'bapak ayam' td utk melindungi diri.. walaupun pgg baju, mustahil tidak tersentuh ketika berlari ke kanan dan kekiri bg mngelakkan musang mngejar mreka.. Muslimah yang bertudung litup itu mungkin sedikit terlupa dgn p'gaulan mereka yg sgt tidak wajar.. Mulut musafir pada masa itu agak lancang dan hilang kesabaran.. Musafir trkeluar kta2 yg agak tidak sopan "gile ke diaorg nih??".. Maaf la ye sbb musafir btul2 trkejut dan sedih.. Buat pembaca blog musafir, ingt lah.. walau di mana pn kta brada ikhtilat ttap kita jga.. jgn bila brada di masjid sahaja kita nmpak baik tp d pdg kta brubah.. En jaflus baru smpai.. Sbelum teruskan ujian SEGAK yg musafir n kwn2 jlnkn, musafir smpat lg mnjeling ke muslimah n muslimin td.. Wah nmpaknya gaya permainan mereka sudah bertukar.. Dari permainan anak ayam ke permainan kejar mngejar.. Lelaki mngejar perempuan.. Bila badan org yg dikejar di sentuh, maka org yg dikejar pula akan mngejar.. Musafir mmandang dari jauh dan terus ke gim utk mnyertai kwn2 yg dah lma pergi.. Jauh di sudut hati musafir mngatakan IPIS mmg telah jauh berubah....

Bila politik tanpa agama...

Pening musafir dgn dunia politik skrg ni.. 2 la bila politik diasingkan dgn agama.. Jom kta tgok apa yg brlaku pada negara kita baru-baru ini..


KES :

Kes Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam.

Mohd Ridzuan dilaporkan turut menukar agama anaknya, Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka, Indra Ghandhi, 35, masih beragama Hindu.

Berikutan itu, Indra meminta bantuan Hindu Sangam di Ipoh kerana mendakwa Mohd Ridzuan menukar agama tiga anak mereka tanpa kehadiran dan memaklumkannya terlebih dulu.


KEPUTUSAN KABINET :

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu (kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama) bagi mengelak individu yang tidak bersalah, terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan dengan tidak adil.

"Anak perlu dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka. Bagi pasangan yang bercadang menukar agama, mereka sepatutnya menyelesaikan terlebih dulu semua masalah berkaitan tanggungjawabnya. "Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, semalam.


TINDAKAN KABINET KERAJAAN :

Kabinet mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, menemui Mohd Ridzuan bagi menjelaskan keputusan jemaah Menteri itu.

"Kabinet juga membuat keputusan sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di Mahkamah Sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil.

"Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu," katanya.

Beliau berkata, Kabinet turut bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undang-undang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu.

Bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undang-undang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan.


KESAN DRPD TINDAKAN :

1) Mereka yg berhasrat utk memeluk agama Islam akan membatalkan hasrat mereka disebabkan takut terpisah agama dengan anak-anak.

2) menafikan hak bapa atau ibu untuk menentukan agama anak-anak mereka jika berlaku perpisahan

3) mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan untuk memberi perlindungan terhadap orang yang menukar agama.


PENDAPAT INDIVIDU

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar :

Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria :

"Dalam agama Islam manamana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri" - Beliau meminta kerajaan mengkaji semula perkara tersebut.


Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz :


"Status agama anak termaktub dalam perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan."

"Agama seseorang anak yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya."

“Berdasarkan kepada peruntukan ini, persetujuan salah satu pihak sahaja sudah adalah memadai dalam penentuan agama seseorang kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan akhbar yang difakskan kepada mStar Online hari ini.

Jelasnya, dalam Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] memperuntukkan bahawa seseroang kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh masuk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkannya.

“Antara kes yang boleh dirujuk yang berkaitan dengan hak penetuan agama ialah kes Subashini Rajasingam lawan Saravan Thiangathoray.

“Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kuasa mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, dalam kes ini suami adalah berhak untuk mengislamkan anaknya walaupun isterinya tidak bersetuju dengan pengislaman anaknya,” katanya.

Tambahnya, jika isu tersebut dilihat daripada aspek hukum syarak, mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam keran jika orang yang menjaga itu bukan beragama Islam, dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama dan kanak-kanak di bawah jagaannya.

“Hak seorang Muallaf di sisi undang-undang perlu dipertahankan. Kita tidak sewajarnya menganggap seseorang yang memeluk Islam itu bertujuan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab,” katanya.

Thursday, April 23, 2009

Serabut...Serabut...

Sekadar Hiasan...
Add Image
Sekadar Hiasan...

Sekadar Hiasan...

Cukuplah kepalaku berserabut dgn maklumat assigmn b.arab yg x dpt2 lg aku mencarinya.. Perasaan utk meninjau-ninjau pemandangan di sekitar library yg cukup indah ini (tp pengunjungnya x seindah nama library)mnyebabkan kepalaku makin berserabut.. Apalagi bila melihat gelagat-gelagat para remaja yg kononnya cintakn islam tp memberi fitnah kpd Islam itu sendiri.. Rasa hendak memberontak secara terang-terangan memarahi mereka.. Tp mmikirkan hubungan mereka yg agak baik dgn aku mnybbkn terbatal segala hasrat d hati.. Biarlah aku catatkan di dalam blog ini sahaja utk pngajaran para pembaca.. Institut perguruan Islam gah pada namanya tp bagaimanakah pula penuntutnya?? Percampuran kos agama dan kos selainnya mnyebabkan ikhtilat di kalangan pelajar semakin teruk.. Bukan stakat di dalam library, tp di padang, di kelas, di café yg sgt mnyedihkan kita.. Terutamanya bila kita mngenangkan MPI sblm bertukar mnjadi IPIS dan kini mnjadi IPGM KAMPIS.. Apalah erti pertukaran nama yg baru sekiranya wajah bi’ah solehahnya turut berubah.. MPI pada masa dahulu terkenal dgn plajarnya yg baik2, yg alim sejajar dgn nama Islam yg tertera.. Sehinggakan mereka berjubah apabila ke padang.. Tp mcmn ye skrg?? Berbaju lengan pendek dgn sarung tgn sudah menjadi tradisi bg pelajar MUSLIMAT.. Hmm mngkin kerana merasakan mereka tidak memegang title ustazah kot.. Sedih…sedih..sedih.. Biarlah klau tulisan ini bakal menjadi kontroversi atau memalukan IPIS tp inilah hakikatnya.. Jikalau di sini pn sudah menggambarkan perkara2 yg teruk, mcmn lah di luar sana??? Di tempat-tempat yg tiada nama Islam… Mungkin lebih dahsyat agaknya.. Memandang kepada title guru yg kita pegang, maka tidak hairanlah jika kita lihat pelbagai masalah keruntuhan moral berlaku di sekolah.. Gengstar, buli, curi, rogol, lepak, dan mcm2 lg yg melanda murid sekolah kini mungkin sukar utk diubat klau guru tetap berada di situasi seperti ini.. Tgok jelah program2 yg dirancang oleh BPG katanya.. Mungkin tujuan mereka baik iaitu utk melibatkan pelatih guru dgn program2 yg berunsurkn JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) tp biarlah seimbang.. Janganlah JEIS lebih dari Rohani.. Ni baru thn 2009.. klau 10 tahun lg, aku x tau la apa nk jd.. Ksian anak-anakku nnti yg bakal bergurukn guru-guru seperti ini..

*** Musafir terpaksa gunakan perkataan aku.. Geram sgt.. Maaf ye semua..


Wednesday, April 22, 2009

buat pasport..


Alhamdulillah.. siap gak pasport musafir akhirnya.. Doakan ye spaya musafir n kwn2 dpt mnjejakkn kaki ke baitullah.. Ameenn.. Pg td musafir xde klas.. So dpt la gak p pjbt imegresen wlaupun mcm2 dugaan b'laku trutamanya nk dptkn kbnrn hep.. Lpas buat 2 tngu 2 jam n trus dpt.. Semoga semuanya dipermudahkan.. Insya Allah..ٍ Sedang musafir ber 'ym' ada hamba Allah bertanyakan tntg tiket umrah yg ktanya x dibeli lg.. Hmm ntah lah.. Kita tawakal ye.. Klau ada rezki, x ke mn.. Allah lebih mengetahui setiap sesuatu perkara.. Kita da berusahakn?? tinggal lg berdoa dan bertawakal.. Klau kta bertawakal, insya Allah kita tidak akan menyesal klau berlaku sesuatu yg x diingini.. Na'uzubillah.. Perkara yang besar mcm umrah ni bkn bleh wt main.. Kdg2 org da ada lesen, da byar penuh, da siap2kan pakaian umrah pn kdg2 x bleh pegi.. Klau Allah x izinkan, apa kuasa kita utk menghalangNya.. Sabar ye.. Klau ada saudara mara, sahabat handai atau sesiapa sahaja yg bertanya, kita jelaskn lah dgn penuh hikmah dan kebaikan.. Semoga ada tempat utk kita di sana nnti..

Tuesday, April 21, 2009

Awasi dirimu wahai puteriku..

Sekadar hiasan...



"Lembutmu x bererti kau mudah di jual beli...
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti..

Lembutmu bukan hiasan.. bukan jua kebanggaan..

Tp kau sayap kiri pada suami mu yang sejati..."


Sayup-sayup lagu dendangan Hijjaz mnyebabkn musafir kembali bermuhasabah diri.. Alangkah sedihnya melihat wanita pada akhir zaman ini.. Ingin sahaja musafir ktakan pada wanita-wanita ini termasuk diri musafir sendiri.. Kita merupakan WANITA ISLAM!! Jangan gentar pada kemungkaran.. ISLAM letak kita di tempat yg TINGGI!! Alangkah tingginya martabat wanita apabila dilindungi dengan pakaian-pakaian indah menutup aurat.. Alangkah indahnya wanita apabila dilindungi dengan kelembutan akhlak penyejuk hati sesiapa yang melihatnya.. Alangkah mulianya wanita apabila dilindungi dengan naluri semulajadi sebagai seorang Ibu.. Alangkah mulianya wanita lebih-lebih lagi bila kau berjuang.. Jgn tangan kita sndiri mnghancurkan semua itu disebabkan nafsu yg menarik kta.. Lawanlah segala bisikan syaitan wahai WANITA!!! Masa kita di dunia tidak lama.. Mungkin esok lusa tiada masa buat kita.. jangan risau tentang kecantikan diri yg terlindung kerana semua itu hanya untuk suamimu.. Bkn utk tatapan manusia-manusia yang tidak layak buatmu... Kita perlu berwaspada.. Perlu beringat, diingati dan ingat mengingati di antara satu sama yg lain..

Lebih sedih lagi apabila musafir membaca beberapa kes yang melibatkan wanita yang hilang maruah.. Ya Allah.. jauhkan diriku dari terjerumus ke lembah kehinaan.. Ampunkan dosaku andai aku pernah tersilap.. Manusia ini tidak sempurna dan pelupa Ya Allah.. Lindungilah aku Ya Allah dari perkara-perkara seperti ini.. Sesungguhnya Engkau yang Lebih Mengetahui tentang nasibku Ya Allah.. Musafir paparkan beberapa kisah yang mnenyedihkan ini bagi menjadi pengajaran kpd kita bersama..



Kes pertama:

SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang berjuang menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini menunggu masa saat kelahiran bayinya yang dijangka penghujung Mei ini.

Kejadian yang berlaku bukan keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal dikawal, beliau menanggung sengsara mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya menuntut di IPT sama meneruskan pengajian, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Biarpun bergelar pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, ia bukannya tembok kebal yang kukuh menahan nafsu serakah, segala-galanya bermula ketika musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20 tahun.

Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah di selatan Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke kampung setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama.

Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman lelakinya tiba di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu Ramadan, bulan mulia bagi umat Islam mengerjakan puasa.

Hendak dijadikan alasan atau itu memang perancangan, mereka tiba lewat malam di ibu negara. Anehnya, ketika jam 11 malam, mereka mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke kampus, lantas menyewa hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk pulang.

Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat perkhidmatannya, ibu kota sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan khidmat teksi, ke mana saja destinasi.

Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara dan pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka masih kurang sekali gus hanyut atas desakan syaitan.

“Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja. Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara.

“Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan kelima.

“Kami berusaha mencari jalan termasuk melalui internet. Akhirnya kami menemui pusat Kewaja dan datang ke sini. Saya akan serahkan anak ini kepada keluarga angkat dan teruskan pengajian selepas ini,” katanya dengan air mata bergenang.

Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka sebenarnya bercuti daripada pengajian kerana menunggu masa menyambut kelahiran anak yang tidak dirancang.



Kes kedua.

INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama dengan Sara. Semuanya berlaku ketika cuti semester.

Gadis Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu, usianya baru 18 tahun dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu bakal bergelar ibu ketika usianya memasuki 19 tahun.

Beliau mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka mendapati tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di rumah nenek dan di situlah bermula detik hitam dalam hidupnya.

“Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian seperti biasa. Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan berkenalan. Saya hanya sedar mengandung selepas tiga bulan.

“Memang keluarga mengamuk dan ibu saudara yang menghantar saya ke sini. Mereka bimbang masa depan saya dan anak,” katanya.

Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya, bapa anak itu adalah teman lelakinya.

Sepetang di Bukit Gantang..

Hmm walaupun pilihan raya kecil di bukit gantang da lma berlalu tp musafir ttp nk flash back blik.. Bkn pe, syg dgn gmbr2 yg da lma musafir simpn kt dlm fon.. Kisahnya musafir x prnh tersangka yg musafir di ajak ke Taiping atas urusan sesuatu.. Bile smpai je, musafir sgt2 truje tgok perang poster yg sgt dahsyat.. Polis n FRU berkumpul kt mn2.. Siap ada markaz lg.. Sng ckp seolah-olah mcm ada 1 peperangan yg akn berlaku.. Sungguh dahsyat smpai musafir pn x dpt nk ceritakn.. klu nk bygkn bleh la tgok gmbr musafir ni.. wlaupn musafir amik kt dlm kete je tp gmbr real tau.. hehe

Ni msa baru smpai... Nampak ke'hijau'an alam..

Jalan jam n hujan lebat..... Tgok la 2 ada pakcik polis la..

Belon panas kt udara.. Laaa.. ingatkn bulan mengambang td..


Banyaknye la FRU.. Berderet... Nape???? Ntah ler...

Polis pun apa kurangnya.. nk cari mangsa ISA yg sterusnya????


Ape pn kmenangan tetap pd PAS.. Tahniah.. Tahniah gak pd kmenangan PKR di Bukit Selambau.. Kta nntikn pula kmenangan Pakatan Rakyat di Penang.. Takbir!!! Allahu Akbar!!

Monday, April 20, 2009

Benarkah wanita suka membebel dan bagaimana pula LELAKI????

“sy x suka la awk membebel ni..” terkejut musafir mndgr seorang suami berkata dengan isterinya di hadapan orang yang berada disekeliling.. Mlihatkan hal seperti itu, musafir mula memikirkan sesuatu.. bagaimanakah musafir setelah berkahwin akan dtg?? mampukah musafir mnangani masalah tanpa melibatkan emosi?? Hmmm nmpak mcm berangan-angan tp sbnrnya kita tidak lari dari memikirkan semua itu.. Tidak saalah rasanya untuk musafir mengupas sedikit isu psikologi yang agak sensitive bila dikaitkan dengan topic-topik agama. Terlintas dlm benak fikiran musafir.. Adakah membebel itu firah wanita?? dan adakah tidak suka mendengar bebelan itu adalah fitrah orang lelaki?? Walau ape pn jawapan yang sebenarnya, musafir beranggapan itulah antara dugaan sesebuah perkahwinan. Masing-masing jangan pentingkan diri kerana salah faham merupakan asam garam dalam kehidupan suami isteri.. Mungkin musafir bukanlah merupakan org yang layak utk memperkatakan soal ini disebabkan musafir masih di alam bujang. Akan tetapi melalui pembacaan, musafir merasakan seorang penulis yg paling hebat kisah kebahagiaannya juga pasti akan diuji oleh Allah disebabkan manusia ini tiada yg sempurna. So, marilah kita semua bermuhasabah dan fikir-fikirkanlah..

Komen yg musafir sempat ambik dari internet oleh diyanah Anuar (Berita Harian online) yang bertajuk 'Tanya Pakar : Lelaki Terpuji' yang dapat kita kongsikn..

Tip contohi peribadi Rasulullah SAW dalam hidup jejaka

DALAM meniti kehidupan, tentu pernah terlintas dalam hati lelaki untuk menjadi individu hebat. Bukan sekadar dilihat hebat oleh wanita, malah dikagumi lelaki lain.

Namun, untuk memenuhi definisi mahupun klasifikasi lelaki hebat bukanlah mudah. Antara kriteria yang perlu dipenuhi ialah keperibadian dan personaliti cemerlang. Namun, bagi segelintir pihak, soal kriteria dianggap terlalu subjektif.

Sehubungan itu, dalam membentuk peribadi dan personaliti hebat, lelaki cenderung menjadikan individu lain sebagai idola. Bagi lelaki muslim, tidak perlu berfikir panjang kerana idola yang harus dicontohi semestinya Nabi Muhammad SAW. Sebagai insan pilihan Allah, Rasulullah saw memiliki sifat terbaik seorang manusia.

“Rasulullah SAW dianggap insan kamil (sempurna). Maka sebagai seorang lelaki, beliau juga pastinya lelaki sempurna.

“Sifat yang ada pada Rasulullah saw harus menjadi ikutan umat Islam kerana apa saja sifat positif, ada pada Baginda,” kata penceramah, Akhil Hayy.

Akhil juga mengendalikan program diskusi agama, Cafe Akhil Hayy di saluran Astro Oasis.

Kata Akhil, ramai mengakui Rasulullah saw adalah contoh terbaik. Namun yang menjadi persoalan - sebagai lelaki mampukah kita mencontohi sifat nabi junjungan?

“Kehebatan Rasulullah SAW mampu menggalas tanggungjawab sebagai penghulu, pemimpin, pemerintah, tempat rujukan, bapa, suami dan banyak lagi tanggungjawab dalam satu masa.

“Bukan untuk mengingatkan orang lain tapi juga, diri saya sendiri. Memang sukar menjadi sempurna seperti Rasulullah saw. Tetapi kita dituntut berusaha mencontohinya. Lelaki bersifat seperti inilah sebenarnya maskulin, tampan, macho dan gentleman,” kata beliau.

Sempena sambutan Maulidur Rasul lusa, kolum Tanya Pakar merujuk Akhil untuk berkongsi sifat terpuji Baginda dan tip mencontohi keperibadian Rasulullah SAW...



Lelaki sering dikaitkan dengan tanggungjawab sebagai pemimpin. Bagaimana sifat dan amalan Rasulullah SAW boleh dipraktikkan lelaki?

Dalam kepimpinan, Rasulullah saw lengkap dengan sifat siddiq (bercakap benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (kebijaksanaan). Jika setiap lelaki memiliki keempat-empat sifat ini, bermakna mereka memiliki ciri yang seharusnya dipunyai seseorang pemimpin.

Namun, ada masanya, seseorang yang diberi amanah sebagai pemimpin terpedaya dengan godaan hawa nafsu hingga gagal melaksanakan tanggungjawab sepatutnya sebagai pemimpin.

Oleh sebab itu, seseorang yang bergelar pemimpin perlu sentiasa merujuk kepada empat sifat mulia ini. Apakah mereka sebagai pemimpin, memiliki dan melaksanakan keempat-empat sifat ini?

Dalam Al-Quran, sudah dinyatakan setiap lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Tanggungjawab seorang lelaki sebagai pemimpin pula amat berat. Mereka bukan hanya perlu memimpin satu pihak saja, tapi banyak pihak.

Justeru, seseorang lelaki mesti mengambil berat soal kesempurnaan pelaksanaan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kerana semua ini akan dihitung di akhirat nanti. Kalaupun seseorang lelaki itu cukup amal ibadatnya, namun tanggungjawabnya tidak dilaksanakan dengan sempurna, beliau tetap perlu menanggung balasannya.



Bagaimana seseorang lelaki harus menjadikan Nabi SAW sebagai ikutan dalam konteks menjadi anak yang baik?

Jika kita rujuk kepada sirah, Nabi Muhammad SAW membesar sebagai anak yatim piatu. Hidupnya juga serba kekurangan, namun keadaan itu tidak membataskan dirinya untuk menjadi manusia cemerlang.

Iktibar dari kehidupan Baginda antaranya ialah sedangkan Baginda tidak dapat merasai kasih sayang ibu bapa dan hidup serba kekurangan mampu menjadi menjadi manusia hebat dan pemimpin ulung, apatah lagi kita yang masih mempunyai ibu bapa dan membesar dalam kehidupan yang selesa dan cukup serba-serbi ini.



Bagaimana pula contoh sifat Rasulullah sebagai suami?

Dalam soal perkahwinan, memang ramai lelaki mahu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW. Namun, apa yang patut dicontohi sifat Baginda sebagai seorang suami ialah bagaimana Baginda memimpin isterinya. Ini termasuk bagaimana beliau sentiasa mewujudkan hubungan baik dan mesra dengan isterinya.

Mungkin kisah sahabat Nabi, Saidina Umar Al Khattab pada zaman pemerintahan beliau (Umar) boleh dijadikan panduan. Suatu hari, seorang lelaki ingin berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu mengenai isterinya yang sering membebel.

Namun, ketika beliau mahu bertemu Saidina Umar di rumahnya, beliau terdengar dari luar, isteri Saidina Umar sedang membebel. Namun, tidak terdengar pula suara Saidina Umar ‘membalas’ bebelan isterinya itu.

Melihat keadaan itu, lelaki berkenaan membatalkan hasratnya untuk mengadu masalahnya kerana memikirkan, khalifah seperti Umar pun dibebel isteri. Apatah lagi lelaki biasa seperti beliau. Kemudian, apabila bertemu semula dengan Saidina Umar, beliau bertanya, mengapa membiarkan isterinya membebel kepadanya.

Lalu, Saidina Umar menjawab, “Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku, rumah tangga kami. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku,”.

Ini menggambarkan betapa kesabaran harus menjadi sifat yang perlu ada pada seseorang suami dalam memastikan kebahagiaan rumah tangga. Hendak menegur kesalahan isteri juga perlu dilakukan secara berhikmah.

Setiap lelaki harus ingat, bermula saat diijab kabul dengan seseorang wanita, merekalah yang perlu menggalas tanggungjawab terhadap isteri hingga meninggal dunia.



Apa agaknya panduan menjadi bapa mengikut modul amalan Rasulullah SAW?

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam situasi sekarang memang agak tinggi cabarannya. Dalam mendidik anak-anak, apa yang kita boleh lihat contoh sifat Rasulullah sebagai bapa adalah, Baginda menjadi rakan kepada anak-anaknya.

Dengan cara itu kita dapat lebih memahami anak-anak. Dalam pada itu, sikap tegas juga perlu dipraktikkan dan bila anak-anak sampai ke sesuatu peringkat umur, ajar mereka untuk melaksanakan ibadat.



Apa persepsi baginda mengenai golongan wanita?

Pada zaman jahiliah, kedudukan wanita sering diletakkan pada tahap yang rendah dalam masyarakat. Hanya selepas kedatangan Islam, wanita diangkat martabatnya. Hak wanita juga dipelihara. Seperti yang saya katakan, lelaki dipertanggungjawab membimbing golongan wanita, bukan merosakkan.

Paling penting, ingatlah, apa yang dikatakan paling menggembirakan Rasulullah adalah wanita solehah.



Apabila diberikan kerja dan tanggungjawab, lazimnya lelaki akan merasa beban untuk menyempurnakannya. Apakah contoh sifat Baginda yang boleh dicontohi dalam melaksanakan tugas?

Rasulullah, apabila menerima sebarang amanah atau tanggungjawab, Baginda akan melakukan yang terbaik. Selepas melakukan yang terbaik, tapi masih tidak memperoleh hasil seperti yang diinginkan, barulah Baginda berserah kepada Allah SWT.

Maksudnya, kita sebagai manusia, mesti berusaha paling maksimum dalam melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah SWT untuk menentukan. Jangan pernah ada sikap putus asa. Apa yang utama dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah keberkatan yang dapat kita peroleh daripadanya.



Mengapa agaknya, kita sering lupa untuk mencontohi sifat dan keperibadian Rasulullah dalam menjalani kehidupan sedangkan ia adalah contoh terbaik?

Masyarakat kita ini, apabila berlaku masalah atau kepincangan dalam masyarakat, rata-ratanya lebih suka menuding jari kepada orang lain dan menuduh orang lain yang menjadi punca terjadinya masalah itu.

Jarang kita hendak periksa, apakah tindakan yang kita lakukan sebagai satu jemaah dalam menangkis semua punca masalah yang berlaku dalam masyarakat. Siapa yang membenarkan pengaruh negatif dari luar masuk ke dalam jiwa masyarakat kita?

Kita sendiri yang sebenarnya gagal untuk menghadapi perang yang paling besar iaitu hawa nafsu. Antara penyebabnya adalah sikap kita yang terlalu membudayakan agama, yang mana kita cuma rujuk kepada agama dalam sesetengah perkara saja sedangkan Islam itu adalah suatu cara hidup!

Oleh itu, tidak seharusnya kita menjadikan pihak lain sebagai alasan kegagalan kita sendiri. Padahal, kita sudah ada contoh terbaik (ajaran Rasulullah SAW) untuk diikuti tapi kita sering terleka dan memilih contoh yang tidak sepatutnya.



Lelaki kerap dikaitkan dengan sifat ego mereka. Mungkin ada kisah Nabi berhubung soal ego ini yang boleh dijadikan panduan?

Jika dapat kita kaitkan dengan persoalan ego lelaki ini, dalam satu kisah, Nabi bermusafir di sebuah kawasan yang didiami puak Arab Badwi. Kemudian, untuk menuju ke satu tempat yang lain, Nabi memilih sebuah laluan jalan berbanding jalan lain yang ada.

Seorang lelaki dari puak Arab Badwi ini bertanya kepada Baginda, adakah pemilihan laluan ini berdasarkan wahyu daripada Allah? Nabi menjawab, tidak. Lalu, lelaki berkenaan berkata, beliau sudah lama mendiami kawasan berkenaan dan beliau lebih tahu mengenai selok-belok jalan di situ lantas menunjukkan jalan yang sepatutnya dilalui.

Kalau adanya sifat ego pada Rasulullah SAW, sebagai seorang Nabi dan juga pemimpin disegani, sudah tentu Nabi menolak pendapat yang diusulkan lelaki berkenaan. Tapi, Nabi menerima pendapat lelaki berkenaan dan mengikut jalan yang dinyatakan beliau.

Moralnya di sini, kita sebagai lelaki tidak perlulah ego tidak bertempat. Perlu juga ada 'give and take'.

Janganlah sampai tidak boleh ditegur atau dikritik langsung. Kuasa atau kedudukan sebagai lelaki sepatutnya digunakan untuk membendung sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.


Allhua'lam

Pada Suatu Hari...


19 april 2009 (8.25 pm)

Salam semua pembaca blogku yang kini hampir beberapa bulan tidak dibuka.. Musafir kini hampir selesai beristirehat dan akan kembali bermusafir ke daerah yang sementara ini. Tahun ini merupakan tahun akhir musafir di negeri belajar.. Sudah hampir tiba masanya musafir akan mencurahkan bakti mendidik anak bangsa dengan title yg sbenar2nya.. setelah bergelumang dgn plbagai tugasan, musafir akan jadikan ia sebagai satu pengalaman yang cukup berharga bagi menghadapi cabaran yang mendatang.. Cerita baru akan musafir mulakan dengan perjalanan yang penuh knangan pada hari ini.. Hmm mngkn sudah tiba masanya musafir bercita-cita untuk menjadi seperti bloger2 yang komited walaupun kmudahan di tmpat blajar agak menghalang cita-cita musafir ini.. Hr ni musafir ke PWTC utk mencari buku2 smpena pesta buku 2009. Motif utama utk melihat ulama tersohor negara (Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat) yang melancarkan buku Bidadari Dari Timur hasil tulisan isterinya yang tercinta.. Insya Allah bile musafir da baca nnti, musafir akan kongc dgn smua.. smpai d PWTC musafir terus mncari2 novel Ramlee Awang Mursyid yang menjadi pnulis kgemaran musafir. Lewat 5 minit pada waktu jangkaan Tuan Guru datang, musafir terus turun ke bilik Johor utk bertemu dengan Tuan Guru.. Tp org trlalu rmai n b’sesak2 smpai bberapa kali musafir nk trjatuh n purse hampir mnjadi bola di tengah ksesakan org ramai. hasilnya 1 gmbr shj yg dpt musafir snap.. wlaupun 1, musafir sgt2 puas hati sbb gmbr 2 dekat n jelas.. Alhamdulillah.. Slesai di bilik johor, tuan guru telah singgah di Anbakri Publika utk sesi ambil autograph. Malang musafir sbb hampir2 shj musafir di meja tandatgn, Tuan Guru telah bangun dan meninggalkan kami smua dlm keadaan yg terkawal.. T’kebil2 musafir mlihat Tuan Guru.. Rasa nk panggil beliau dan duduk kembali di situ. Tp apa kn daya mungkin xde rezki musafir kali ni.. Akhirnya musafir pn balik dengan berbagai2 peristiwa yg x perlu musafir ceritakn di cni.. Ok la.. musafir kna wt asgmn ni.. Esok nk hntr..

*Gambar yg d snap, musfir x dpt nk tnjukkan sbb laptop ada msalah Bluetooth..