Cukuplah kepalaku berserabut dgn maklumat assigmn b.arab yg x dpt2 lg aku mencarinya.. Perasaan utk meninjau-ninjau pemandangan di sekitar library yg cukup indah ini (tp pengunjungnya x seindah nama library)mnyebabkan kepalaku makin berserabut.. Apalagi bila melihat gelagat-gelagat para remaja yg kononnya cintakn islam tp memberi fitnah kpd Islam itu sendiri.. Rasa hendak memberontak secara terang-terangan memarahi mereka.. Tp mmikirkan hubungan mereka yg agak baik dgn aku mnybbkn terbatal segala hasrat d hati.. Biarlah aku catatkan di dalam blog ini sahaja utk pngajaran para pembaca.. Institut perguruan Islam gah pada namanya tp bagaimanakah pula penuntutnya?? Percampuran kos agama dan kos selainnya mnyebabkan ikhtilat di kalangan pelajar semakin teruk.. Bukan stakat di dalam library, tp di padang, di kelas, di café yg sgt mnyedihkan kita.. Terutamanya bila kita mngenangkan MPI sblm bertukar mnjadi IPIS dan kini mnjadi IPGM KAMPIS.. Apalah erti pertukaran nama yg baru sekiranya wajah bi’ah solehahnya turut berubah.. MPI pada masa dahulu terkenal dgn plajarnya yg baik2, yg alim sejajar dgn nama Islam yg tertera.. Sehinggakan mereka berjubah apabila ke padang.. Tp mcmn ye skrg?? Berbaju lengan pendek dgn sarung tgn sudah menjadi tradisi bg pelajar MUSLIMAT.. Hmm mngkin kerana merasakan mereka tidak memegang title ustazah kot.. Sedih…sedih..sedih.. Biarlah klau tulisan ini bakal menjadi kontroversi atau memalukan IPIS tp inilah hakikatnya.. Jikalau di sini pn sudah menggambarkan perkara2 yg teruk, mcmn lah di luar sana??? Di tempat-tempat yg tiada nama Islam… Mungkin lebih dahsyat agaknya.. Memandang kepada title guru yg kita pegang, maka tidak hairanlah jika kita lihat pelbagai masalah keruntuhan moral berlaku di sekolah.. Gengstar, buli, curi, rogol, lepak, dan mcm2 lg yg melanda murid sekolah kini mungkin sukar utk diubat klau guru tetap berada di situasi seperti ini.. Tgok jelah program2 yg dirancang oleh BPG katanya.. Mungkin tujuan mereka baik iaitu utk melibatkan pelatih guru dgn program2 yg berunsurkn JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) tp biarlah seimbang.. Janganlah JEIS lebih dari Rohani.. Ni baru thn 2009.. klau 10 tahun lg, aku x tau la apa nk jd.. Ksian anak-anakku nnti yg bakal bergurukn guru-guru seperti ini..
*** Musafir terpaksa gunakan perkataan aku.. Geram sgt.. Maaf ye semua..
No comments:
Post a Comment