Sahabat sejati sukar dicari..

Tuesday, April 28, 2009

Bila politik tanpa agama...

Pening musafir dgn dunia politik skrg ni.. 2 la bila politik diasingkan dgn agama.. Jom kta tgok apa yg brlaku pada negara kita baru-baru ini..


KES :

Kes Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam.

Mohd Ridzuan dilaporkan turut menukar agama anaknya, Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka, Indra Ghandhi, 35, masih beragama Hindu.

Berikutan itu, Indra meminta bantuan Hindu Sangam di Ipoh kerana mendakwa Mohd Ridzuan menukar agama tiga anak mereka tanpa kehadiran dan memaklumkannya terlebih dulu.


KEPUTUSAN KABINET :

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu (kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama) bagi mengelak individu yang tidak bersalah, terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan dengan tidak adil.

"Anak perlu dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka. Bagi pasangan yang bercadang menukar agama, mereka sepatutnya menyelesaikan terlebih dulu semua masalah berkaitan tanggungjawabnya. "Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, semalam.


TINDAKAN KABINET KERAJAAN :

Kabinet mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, menemui Mohd Ridzuan bagi menjelaskan keputusan jemaah Menteri itu.

"Kabinet juga membuat keputusan sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di Mahkamah Sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil.

"Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu," katanya.

Beliau berkata, Kabinet turut bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undang-undang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu.

Bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undang-undang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan.


KESAN DRPD TINDAKAN :

1) Mereka yg berhasrat utk memeluk agama Islam akan membatalkan hasrat mereka disebabkan takut terpisah agama dengan anak-anak.

2) menafikan hak bapa atau ibu untuk menentukan agama anak-anak mereka jika berlaku perpisahan

3) mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan untuk memberi perlindungan terhadap orang yang menukar agama.


PENDAPAT INDIVIDU

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar :

Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria :

"Dalam agama Islam manamana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri" - Beliau meminta kerajaan mengkaji semula perkara tersebut.


Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz :


"Status agama anak termaktub dalam perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan."

"Agama seseorang anak yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya."

“Berdasarkan kepada peruntukan ini, persetujuan salah satu pihak sahaja sudah adalah memadai dalam penentuan agama seseorang kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan akhbar yang difakskan kepada mStar Online hari ini.

Jelasnya, dalam Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] memperuntukkan bahawa seseroang kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh masuk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkannya.

“Antara kes yang boleh dirujuk yang berkaitan dengan hak penetuan agama ialah kes Subashini Rajasingam lawan Saravan Thiangathoray.

“Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kuasa mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, dalam kes ini suami adalah berhak untuk mengislamkan anaknya walaupun isterinya tidak bersetuju dengan pengislaman anaknya,” katanya.

Tambahnya, jika isu tersebut dilihat daripada aspek hukum syarak, mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam keran jika orang yang menjaga itu bukan beragama Islam, dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama dan kanak-kanak di bawah jagaannya.

“Hak seorang Muallaf di sisi undang-undang perlu dipertahankan. Kita tidak sewajarnya menganggap seseorang yang memeluk Islam itu bertujuan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab,” katanya.

No comments: