Sahabat sejati sukar dicari..

Tuesday, October 27, 2009

Coretan selepas exam..

Alhamdulillah.. Satu paper dah habis.. Tinggal satu je lagi.. Semalam satu hari musafir menahan diri daripada buka internet takut terleka dengan blog-blog yang hebat di layar cyber.. tapi hari ni betul-betul tergoda dengan laptop roomate yang sedia kosong dengan internet yang terpampang.. Buka sahaja blog terkejut melihat anak murid memberi komen.. Terima kasih Rohisyam.. Bukan musafir tidak mahu memberikan alamat blog kepada mereka tapi musafir malu melihatkan kekurangan-kekurangan yang ada di blog ini untuk dijadikan contoh kepada mad'u-mad'u yang masih membina jati diri sebagai pejuang ini.. Macamana mereka boleh berziarah di sini pun musafir tidak pasti.. Mungkin terjumpa setelah sesat di alam maya barangkali.. Masa yang terkejar-kejar sebelum musafir mula membuka buku untuk paper yang terakhir, musafir habiskan dengan menziarahi blog rakan-rakan seperjuangan.. Masya Allah.. Hebat dakwah mereka berbanding blog musafir yang masih dalam proses membina tapaknya.. Dakwah menerusi blog ini adakalanya berkesan juga dengan gambar-gambar serta widget yang menarik menjadikan mad'u akan terus mendapat maklumat ilmu di sini.. Bahkan ia boleh menjadi salah satu daripada platfom usrah bersama adik-adik.. Itulah yang dinamakan blog usrah di mana semua mad'u membuka satu laman web yang sama bagi pengisian usrah di samping masing-masing memberi manfaat serta pendapat yang berguna sebagai thaqafah di dalam usrah.. Cara baru seperti ini mungkin akan menarik lebih ramai mad'u di layar cyber.. Di samping itu, kedudukan tempat mad'u dan naqibah juga tidak menjadi sebarang masalah.. asal ada internet, maka semuanya pasti menjadi kenyataan.. Insya Allah berguna masa musafir posting nanti.. Tahniah kepada para sahabat yang masih tekal untuk berjuang walaupun hanya menggunakan hujung jari sahaja untuk menyentuh hati-hati yang masih memerlukan suntikan semangat supaya kita bersama-sama menjadi para syuhada' yang berjuang hingga ketitisan terakhir.. Sabda Rasulullah mafhumnya, sampaikanlah daripadaku (Rasulullah) walau satu ayat..

Thursday, October 22, 2009

Goncang Boleh Membunuh Bayi Anda


Sedikit maklumat yang ingin di kongsi bersama sama ada anda bakal atau sudah atau belum menimang cahaya mata...

Berdasarkan kajian di negara Barat, menggoncang, melambung atau menyentak bayi,
terutama mereka yang berusia dua tahun ke bawah boleh menyebabkan salur darah di dalam otak terkoyak atau pecah.


Justeru, ingatlah, perbuatan anda untuk menenangkan bayi yang sedang menangis itu boleh
menyebabkan kematian pada mereka dan kadangkala boleh menyebabkan bayi itu merana sepanjang hayat?


Sindrom menggoncang bayi atau 'shaken infant syndrome' adalah antara kecederaan serius di
kalangan bayi dan kanak-kanak dan ia tidak seharusnya dipandang ringan oleh setiap ibu bapa,
penjaga mahupun pengasuh.


Sebahagian besar kes sindrom menggoncang bayi dilakukan oleh dewasa yang dihantui perasaan
marah dan kecewa pada anak kecil dan menggoncang mereka tanpa belas kasihan dan simpati.
Sama ada sengaja dilakukan atau tanpa menyedari bahawa perbuatan menggoncang anak
membahayakan kesihatan, seseorang dewasa perlu berfikir dan menunjukkan keprihatinan mereka apabila melihat anak kecil menangis tanpa henti.


Bayi berusia dua tahun ke bawah mempunyai otot tengkuk yang lembut dan lazimnya ia akan
hanya terbentuk dengan sempurna secara berperingkat- peringkat bagi menyokong serta mengawal kepala.


Sehubungan itu, jika tubuh mereka digoncang, kepala mereka akan bergoyang-goyang ke depan
dan belakang, yang mana boleh menyebabkan kerosakan otak dan pendarahan sama ada di dalam atau di atas otak.


Kerosakan teruk bahagian otak akibat menggoncang bayi itu adalah lebih kerap berlaku di kalangan bayi berusia dua tahun ke bawah selain kanak-kanak berumur tiga dan empat tahun.


Apakah perbuatan yang boleh membahayakan otak bayi?


1 Berulang kali menjulang anak kecil anda.
2 Berjoging sambil membawa bayi atau kanak-kanak sama ada dengan mendukungnya di belakang atau di bahu.
3 Membawa mereka menunggang kuda.
4 Memusingkan anak kecil anda.


Apakah masalah yang boleh dialami akibat perbuatan itu?


1 Kerosakan otak.
2 Kecederaan tulang spinal.
3 Buta.
4 Kecederaan mata.
5 Sawan.
6 Patah tulang.
7 Terseliuh.
8 Kecacatan fizikal.


Sehubungan itu, anda dinasihatkan supaya:


1 Jangan menggoncang kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah.
2 Pastikan anda menyediakan alat penyokong pada kepala bayi anda sama ada ketika mendukung, bermain dan mengajaknya keluar.
3 Pastikan anda mengawasi individu lain yang akan turut mendukungnya, seperti penjaga, pengasuh atau anak-anak lain yang mengangkatnya.
4 Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila mendapati bayi terus menangis.



Apa yang perlu dilakukan jika anda menggoncang bayi secara tidak sengaja

atau sengaja?


Walaupun anda terasa malu dan bersalah untuk berterus terang dengan doktor,
adalah penting jika anda memberitahu doktor apa yang sudah dilakukan.
Berterus terang adalah lebih baik daripada menyembunyikan perkara sebenar.


Jika anda menggoncang bayi secara sengaja atau tidak sengaja, pastikan anda
bergegas ke jabatan kecemasan secepat mungkin. Ini kerana, pendarahan di
dalam otak boleh dirawat, itupun jika anda memberitahu doktor perkara
sebenar.


Jika anda berterus terang mengatakan bahawa bayi itu digoncang, doktor akan
memberi rawatan sewajarnya dan keadaan ini sekali gus dapat menyelamatkan
nyawa bayi anda dan masalah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.

Pemergian Nur Fatimah


Nur Fatimah bersama kak khadijah dan ust Ramadhan


Nur Fatimah dalam kenangan...


Ketika menghadiri satu program hari Raya yang lepas kami dikejutkan dengan pertukaran tentatif program.. Ustaz Ramadhan fitri yang sepatutnya memberi pengisian telah ditukar dengan pengisian lain.. tertanya-tanya juga di hati kenapa program bertukar di saat musafir rasa bersemangat untuk mendengar mutiara kata dari insan yang musafir segani.. Rupa-rupanya dikhabarkan anak beliau Nur Fatimah Ramadhan Fitri telah dimasukkan ke dalam Hospital Putrajaya.. Menurut sumber-sembur yang dipercayai, Nur Fatiimah dikatakan mengalami pendarahan di otak yang berkemungkinan disebabkan gegaran yang tidak pasti apa puncanya.. Bila musafir menziarahi beberapa blog pimpinan yang lain, terdapat pelbagai cerita dan berita yang amat menyayat hati tentang seorang kanak-kanak yang masih berusia tiga bulan tanpa mengenal erti kehidupan terpaksa pula menanggung kesakitan yang amat sangat dek berseliratnya wayar-wayar di tubuh beliau.. Sudah pastinya ibu bapa mereka iaitu ustaz Ramadhan dan kak khadijah merasai kesakitannya juga. Bahkan jika boleh ditukar ganti, pasti mereka mahu menggantikan tempat kanak-kanak tersebut.. Melihatkan para sahabat yang bergilir-gilir menziarah adik fatimah, musafir berasa sangat cemburu kerana tidak dapat turut serta membantu memberi sokongan moral kepada kedua-dua insan yang cukup tabah ini.. Akhirnya musafir dan beberapa orang rakan menetapkan nahawa kami akan ke putrajaya untuk melawat adik fatimah yang dikatakan semakin tenat pada hari khamis bersamaan 4 Zulkaedah 1430 Hijrah selepas latihan kebakaran diadakan di astaka.. Dalam perjalanan pulang ke bilik musafir dikejutkan dengan berita sedih yang di 'sms' kan oleh rakan musafir.. "Info PMIUM : Nur Fatimah 3 bulan, anak ust Ramadhan Fitri Ilias telah meninggal dunia 6.20 am pg td.. ucapan takziah diucapkan dan semoga ust Ramadhan serta isteri sabar diuji ALLAH.. Al-Fatihah kita sedekah kepada anak beliau.. Semoga dicucuri rahmat Allah s.w.t" Dua tiga kali juga musafir membaca mesej ini dek kerana masih kurang percaya dan inginkan kepastikan yang tepat. lantas musafir menghubungi rakan yang lain meminta kepastian dan maklumat terbaru. Maklumat yang disampaikan ialah jenazah Nur Fatimah akan di sembahyangkan di Masjid UPM Serdang.. Mencari rakan seperjuangan untuk bersama-sama menziarahi jenazah juga musafir diuji dengan beberapa dugaan.. Hampir sahaja niat musafir terbatal dan muisafir mengadap laptop untuk menenangkan fikiran.. Tiba-tiba terkeluar keputusan on the spot musafir untuk call pakcik teksi.. Akhirnya sampai juga musafir di masjid dengan diiringi doa keselamatan atas niat yang sangat mulia.. Sesampainya di masjid iaitu tepat pukul 12.50 tengahari, musafir dan rakan melilau-lilau mencari ruang solat muslimah.. Masuk sahaja ke dalah ruang solat, kelihatan beberapa orang muslimin dan muslimat telah ramai memenuhi ruang di hadapan masjid. Mata musafir terarah pada wajah ustaz Ramadhan Fitri yang sedang menyambut ketibaan rakan-rakannya barangkali.. Sangat tenang tanpa di calit sebarang masalah.. Di ruang muslimat pula beberapa orang muslimat sedang membaca yasin untuk allahyarhamah nur Fatimah. Di sebelah jenazah terduduk seorang muslimah yang tidak putus-putus bersalam-salaman dengan para sahabat yang baru sampai.. Saat musafir menghulurkan tangan dan menyatakan rasa takziah musafir kepadanya, beliau masih lagi mampu tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya dengan sedikit lemah.. Musafir mengambil kesempatan melihat jenazah Nur Fatimah di sebelah beliau yang ditutupi dengan sehelai kain putih.. Ya Allah comelnya.. Bayi inilah yang akan menunggu ibu bapanya di syurga kelak.. Insya Allah.. Saat membaca doa ketika solat jenazah, musafir tidak dapat menahan sebak.. Terasa air mengalir di pipi.. Apatah lagi apabila mendengar pengumuman serta sedikit tazkirah daripada datuk nur fatimah tentang kematian yang sentiasa bergilir seiring dengan kelahiran yang turut bergilir-gilir.. Semua hadirin menitiskan air mata kesedihan dan keredhaan atas pemergian anak seorang pejuang Islam.. Kebetulan musafir solat berdekatan dengan kak khadijah, jadi musafir ambil kesempatan untuk bersalaman dengan beliau sebelum meninggallkan masjid.. Ketika itu barulah kelihatan air mata beliau bergenang saat berpeluk-pelukan dengan keluarga terdekat.. Sempat beliau mengukirkan kalimah terima kasih sebelum mengiringi jenazah ke perkuburan..

Wednesday, October 21, 2009

Bersemangatlah...

Minggu depan nak exam.. Final lagi.. Tapi kenapa lah musafir rasa tiada semangat untuk mentelaah.. Lebih suka menghabiskan masa di depan laptop.. Semalam seharian tak berjumpa dengan laptop. Nak buat macam mana kesilapan musafir sendiri hingga pintu terkunci dan kunci di dalam bilik.. Alhamdulillah kak ana bagi pinjam pakaian die.. Terima kasih k.ana.. hehe.. Lagi bertambah sedih bila ke pejabat asrama petang tadi atas tujuan untuk memulangkan kunci. Tak pasal-pasal kena tazkirah tentang membersihkan bilik pantry.. Maklumlah esok pegawai BPG nak datang check bagi penilaian pertandingan kebersihan dan keceriaan asrama peringkat seluruh IPG di Malaysia. Nampaknya malam ni kena lah kami geng2 pismk blok e sama-sama mengerah tenaga untuk berbakti di akhir2 usia di IPIS.. Jelesnye tengok roomate yang 'mungkin' tengah duk study kat rumah dalam suasana yang sangat menenangkan jiwa.. Ikutkan hati rasa nak menenangkan fikiran di tempat-tempat yang sunyi sambil melihat kejadian semula jadi ciptaan Allah.. Berserabut kalau asyik memerap di bilik dengan melihat katil yang sentiasa melambai-lambai.. Walau ape pun, doakan musafir untuk meneruskan perjuangan exam ni.. Moga diberi kekuatan hendaknya.. Insya Allah..

Tuesday, October 20, 2009

Bahaya Fitnah

Baru-baru ini musafir di datangi berita yang mengejutkan. Ada sahabat yang membaca shout out di sebuah blog yang mengaitkan fitnah tentang diri musafir. Tidak perlu rasanya untuk musafir jelaskan kerana musafir sendiri tidak mahu mengambil berat tentang perkara-perkara yang remeh seperti itu.. Kadang kala orang melakukan fitnah kerana nak orang melihat diri mereka lebih hebat daripada orang yang difitnah.. Ada pula yang memfitnah kerana dengki dan ingin menjatuhkan orang lain.. Apa pun sebabnya sebenarnya seorang pejuang juga tidak lari daripada mehnah fitnah seperti ini.. Oleh itu musafir berpandangan jika kita difitnah, lebih elok jika kita berdiam diri dan menyerahkannya kepada Allah.. Boleh untuk membela diri tetapi dengan cara yang betul.. Kalau setakat dalam shout out tu tak ke mana sebenarnya.. Yakinlah Allah yang akan memelihara kita sekiranya kita berada di pihak yang benar.. Seorang rakan musafir yang lain lagi kasihan apabila namanya digunakan oleh orang lain untuk memberi komen yang sangat terbuka di dalam blog. Mungkin tujuannya adalah supaya orang membenci sahabat musafir yang mengeluarkan komen secara terbuka seperti itu. Semakin maju dunia ini semakin banyaklah peralatan-peralatan canggih yang digunakan untuk menyebar fitnah. Di dunia mungkin kita boleh menyorok tapi di akhirat nanti adalah balasan yang cukup pedih bagi si penyebar fitnah.. Oleh itu sebagai orang Islam yang beriman, siasatlah dahulu sesuatu sebelum melakukan tindakan.. Sedikit tazkirah yang dapat dikongsi bersama :


"Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan."


Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.


Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.


Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.


Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.


Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.


Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)


Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.


Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.


Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.


Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

http://imamzul.blogspot.com/2008/03/bahaya-fitnah.html


Relevenkah pendidikan di Malaysia??

Alhamdulillah.. Walaupun dugaan datang bertimpa-timpa tapi akhirnya musafir dapat siapkan juga assigment.. Assigmnt tentang usul fiqh terutamanya banyak memberi ilmu baru kepada musafir. Maklumlah kalau bukan kerana assigment kadang kala kita susah nak mengkaji tentang sesuatu apatah lagi kita tiada kepentingan tentang perkara tersebut. Lepas assigment, final exam pula yang menanti.. Jadi seminggu ni musafir kena rajin-rajinkan study walaupun time ni la musafir nk ber'bloging' lepas dah makin bersawang. Cemburu juga tengok blog sahabat yang dimasuki entri baru lagi bermanfaat. Baru-baru ni musafir terfikir tentang apa kenanya sistem pendidikan negara kita selepas dicetuskan oleh seorang sahabat ketika majlis menyambut hari raya. Memandangkan musafir merupakan bakal guru, eloklah juga jika musafir utarakan untuk kita berfikir dengan lebih kreatif lagi bagi menarik minat anak-anak islam untuk terus menuntut Ilmu. Tidak dapat dinafikan sistem pendidikan pada masa dahulu berlainan dengan sistem pendidikan sekarang. Sistem ini dipengaruhi oleh suasana, cara didikan masyarakat, faktor luar seperti kesan penjajahan dan sebagainya. Oleh itu kita seharusnya bersikap realistik dalam mempraktikkan kaedah-kaedah pengajaran supaya ilmu yang disampaikan dapat dinikmati dengan rasa gembira oleh murid-murid. Pada zaman Rasulullah, sistem pendidikan sangat dititikberatkan iaitu dengan mempelajari Ilmu terutamanya ilmu akhirat secara talaqqi musyafahah bersama guru. Apatah lagi pada masa tersebut keadaan masyarakatnya memang cintakan ilmu malah saling bersaing untuk mendapatkan ilmu tersebut. Berbanding di Malaysia kini yang telah terikat dengan sistem pendidikan penjajah di samping keadaan masyarakatnya yang merasakan anak-anak perlu diberi pengajaran supaya mereka mengikut kata-kata guru.. Akhirnya wujud murid-murid yang menjadi seorang pengikut tanpa berfikir.. Ibu bapa pada hari ini kebanyakannya hanyak mengharapkan guru-guru di sekolah untuk menguruskan pembelajaran anak-anak.. Jika anak-anak tidak lulus peperiksaan, maka guru-guru yang terpaksa menjawab serta memberi alasan kepada ibu bapa. Jika perkara ini terus berlarutan, maka sekolah bukan lagi tempat yang seronok untuk menuntut ilmu tetapi sekolah merupakan tempat yang menekan murid dan guru dengan tugasan yang melambak-lambak, peraturan yang tidak releven dan sistem peperiksaan yang tidak adil. Jadi apakah tugas kaunselor sekolah??? Mungkin ada yang merasakan itulah tugas kaunselor untuk menjernihkan keadaan, tapi kaunselor juga turut sama tertekan dengan masalah yang berlaku di sekolah. Berbanding dengan negara-negara lain, sekolah merupakan tempat yang sangat menyeronokkan untuk mengenal guru-guru serta rakan-rakan yang mengamalkan nilai-nilai yang murni, sekolah untuk menunjukkan bakat masing-masing di dalam bidang yang diceburinya, sekolah tempat mendekatkan murid-murid kepada Penciptanya dan sebagainya.


Ketika musafir bersembang dengan seorang rakan mengenai sistem sekolahnya, dikatakan pelajar asrama perlu prep selepas pulang sekolah termasuk pada waktu petang dan malam. Jika terdapat pelajar yang tertidur atau bercakap dengan rakan maka pelajar akan didenda.. Relevenkah pelajar perlu belajar lebih kurang 13 jam sehari??? Itu belum lagi dengan kanak-kanak sekolah rendah yang bersekolah kebangsaan dari 7.30 pagi hingga 1.30 petang. Kemudian disambung pula dengan sekolah agama dari pukul 2.30-6.00 petang, kemudian disambung lagi dengan kelas tambahan pada pukul 8.00-11.00 malam. Kasihan anak-anak murid kita yang akhirnya tidur di kelas, tidak meenyiapkan kerja sekolah dek kerana selepas tusyen murid-murid terlalu letih dan tertidur. Sampai di sekolah esoknya, murid yang keletihan dan tidak menyiapkan kerja dimarah pula oleh guru. Guru pula mengadu kepada ibu bapa tentang anak mereka yang dianggap malas melakukan kerja rumah.. Belum habis dengan bebelan guru, ibu bapa pula menengking di rumah. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak dapat melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka. Merotan anak apabila anak tidak mendapat nombor satu di dalam kelas.. Memarahi anak apabila anak menghabiskan masa untuk beriadah pada waktu petang dan berbagai-bagai lagi tindakan masyarakat yang menyalahi psikologi manusia. Sebagai ibu bapa atau guru, psikologi kanak-kanak sangat penting bagi merealisasikan pendidikan yang releven. Mereka perlu memahami murid sebelum melakukan tindakan melulu serta memberi hukuman terhadap kesalahan yanng murid lakukan. Jika guru-guru serta ibu bapa hanya memberi tekanan kepada anak-anak, maka hasilnya lahirlah anak-anak yang memberontak.. Lari dari Rumah.. Penakut.. Merasakan kawan-kawaan adalah orang yang lebih memahami.. Tidak pandai membuat keputusan sendiri.. Tidak menghormati ibu bapa dan guru.. Tidak suka masuk ke kelas.. Tidak mengendahkan nasihat orang lain dan pelbagai lagi perkara negatif yang wujud pada hari ini..


Musafir bukan bertujuan untuk mengubah sistem pendidikan itu sendiri akan tetapi yang perlu diubah pada hari ini ialah sikap, disiplin, psikologi, kaedah pengajaran, isi pembelajaran dan sebagainya untuk lebih realistik serta membantu generasi kita pada masa akan datang.. semoga kita terus menjadi pewaris para Nabi.. Insya Allah..

Mencabar Hukum Islam!!

Pada akhir-akhir ini kita dihangatkan dengan Isu Arak yang mengaitkan Kartika Sari Dewi Shukarno yang ditangkap ketika minum arak oleh Jabatan Agama Islam Kuantan. Hukuman 6 kali sebatan yang dijatuhkan kepada beliau oleh mahkamah Tinggi Syariah telah membuka banyak mata pihak-pihak tertentu. Pihak-pihak yang memberi pandangan tentang isu sebatan ini kebanyakkan hanya bercakap berdasarkan hukum akal sahaja sedangkan hukuman minum arak telah ditetapkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan inilah yang paling aku suka”.

Hukuman yang ditetapkan Allah ini sepatutnya telah lama dijalankan tanpa merasa belas kasihan kepada pesalah. Yang menjadi masalahnya apabila terdapat pihak-pihak yang bertanggungjawab mencampuri urusan mahkamah Syariah seterusnya mempertikaikan perlaksanaan hukuman tersebut. Sedangkan ketika zaman Rasulullah s.a.w, setelah cukup bukti dan saksi maka hukuman terus dijalankan. Malah ada yang menyerah diri kepada Rasulullah s.a.w mengaku bersalah dan minta dihukum. Malang yang berlaku di sini ialah apabila hukuman belum lagi dijalankan, terdapat desas desus yang dianggap biadap mencabar hukum Allah Ta’ala. Antara cadangan yang tidak sepatutnya diutarakan ialah Dato’ Sri Najib Tun Razak meminta kepada Kartika supaya merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi untuk meringankan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap dirinya. Hukum sebenar pesalah minum arak di dalam Islam ialah 40 kali sebatan. 6 sebatan yang dijatuhkan ke atas Kartika sebenarnya masih terlalu jauh dengan jumlah tersebut. Sekiranya dikurangkan lagi hukuman 6 sebatan itu, berapa yang tinggal untuk dijadikan sebagai hukuman dari Allah s.w.t???Hukum sebat yang ditetapkan oleh Islam sebenarnya adalah di atas tujuan mendidik bukan untuk membunuh. Akan tetapi kita sering dimomok-momokkan tentang kekejaman hukum islam. Maklumat mengenai perbezaan hukum sebatan sivil yang menggerunkan dengan hukuman sebatan cara islam yang mendidik iaitu :



SEBAT CARA ISLAM


1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.



SEBAT CARA SIVIL


1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

duniacacamarba.blogspot.com

Terdapat juga yang menyatakan rasa belas kasihan kerana Kartika merupakan seorang wanita. Mereka ragu-ragu atas kelemahan wanita sebagai alasan mereka terlepas daripada hukuman hudud. Sedangkan di dalam Islam, aspek menghukum sama ada mencuri, berzina, minum arak dan sebagainya tidak menjadikan soal jantina sebagai penghalang kerana kedua-duanya dihukum sama rata. Mantan Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pula turut mempersoalkan relevensi hukuman ini & meminta penghujahan ilmiah daripada kalangan mereka yang pakar dalam persoalan hukum-hakam Islam terhadap hukuman ini. Lebih teruk lagi apabila Sister In Islam yang dipelopori oleh wanita Islam sendiri tanpa takutkan hukuman Allah s.w.t telah menghantar memorandum kepada Perdana menteri supaya hukuman syariah ini DIMANSUHKAN atas dasar menyelamatkan wanita.. Amat jahil manusia pada hari ini kerana kesilapan tidak berTuhankan Allah, tidak berpandukan sunnah Rasulullah s.a.w, tidak berlandaskan kitab Al-Quran, Tidak menyedari malaikat sentiasa mengawasi, tidak takutkan hari qiamat, maka inilah yang terhasil.. Kejahilan yang memalukan ini, lebih mengaibkan dengan kononnya Malaysia adalah negara Islam. Bak kata seorang peguam syariah Nur Fadlina Sidik yang telah hadir ke Forum berkenaan Isu Kartika di Masjid As-Syafie, “ Malaysia ini bukan negara Islam.. Bukan juga negara sekular… Habis negara apa???? Negara yang bukan-bukan… Bukan Islam bukan sekular..” Percampuran ini sebenarnya hanya memeningkan kepala rakyat.. Istilah-istilah masyarakat madani, masyarakat hadari, masyarakat 1 malaysia hanyalah permainan politik semata-mata. Itulah beratnya tugas seorang pemimpin yang bakal ditanyakan di akhirat kelak.. Ayuh ustaz dan ustazah semua.. Teruskan perjuangan kita untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak bangsa supaya apabila mereka menerajui kepimpinan negara kelak, mereka tidak jahil tentang hukum hakam Islam. Bahkan hukum Allah s.w.t ini akan terus tertegak di muka bumi. Insya Allah…



Monday, October 5, 2009

Ibu oh ibu...

Jumaat (2 Okt 2009)

Waktu menghantar assigment hampir tiba.. Musafir masih lagi sempat berfoya-foya dengan menghadiri jemputan-jemputan berhari raya.. Duduk memerap di dalam bilik mengundang ketensionan dengan mengadap laptop yang sentiasa terbuka bersama buku-buku yang sengaja diteraburkan..


Tiba-tiba handfon musafir menari-nari minta diangkat.. Panggilan dari siapa ni??? Ohhh.. emak.. macam biasalah.. Emak suruh balik rumah.. Mata musafir terarah pada buku-buku yang berterabur dan bahan-bahan yang dah musafir siapkan untuk menjamu kawan-kawan malam ni..


Alamak... macamana ni.. lari plan nak luangkan masa dengan laptop.. Bukan musafir tak nak balik ke rumah.. Tapi cara pembelajaran seseorang berbeza-beza.. Musafir mungkin lebih suka bersama kawan-kawan di sini supaya semangat untuk menyiapkan kerja masih ada... maklumlah dugaan untuk berfoya-foya di rumah lebih banyak.. Tapi musafir tak sampai hati rasanya untuk membatalkan hasrat emak yang menyuruh musafir pulang ke rumah.. Apatah lagi musafir baru sahaja menonton satu video yang mengisahkan seorang ibu .. Seorang ibu yang mempunyai dua orang anak yang berjaya di dalam kerjaya mereka.. Apabila anak sudah berjaya, ibu yang seorang di rumah dilupakan dek kerana sibuk menjalankan tugas masing-masing.. Akhirnya ibu yang sering merindui anak-anaknya itu telah meninggal dunia tanpa sempat bertemu dengan mereka.. Teringatkan kepada video tersebut, musafir sedikit merasa insaf.. Samalah juga dengan situasi musafir walaupun musafir belum bekerja.. Akhirnya musafir berhasrat untuk pulang saja ke rumah dan hampir membatalkan program menjamu rakan-rakan.. Tidak lama kemudian ayah musafir menelefon kembali kerana tidak dapat menjemput musafir kerana ada perkara yang lebih penting untuk dibereskan pada hari ini.. Bukanlah kisah diri musafir yang ingin ditonjolkan di sini.. Sebaliknya musafir ingin berkongsi tentang kepentingan kita menjaga hati kedua ibu dan ayah kita... Memang kadang kala apa yang terdapat di fikiran keduanya tidak sama dengan kehendak hati kita.. Akan tetapi selagi mereka masih ada, cubalah untuk menyenangkan hati mereka biarpun kita terpaksa berkorban.. Pengorbanan kita yang tak seberapa ini (berbanding dengan pengorbanan mereka) pastinya akan menjanjikan balasan yang lebih baik dari Allah s.w.t. Mungkin inilah masa yang terbaik sebelum musafir terikat dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kelak.. Jika sekarang pun kita tidak boleh mengambil berat akan mereka, nanti apabila tanggungjawab yang lebih besar perlu dipikul pastinya masa kita semakin sukar untuk diluangkan.. Mungkin mereka sebenarnya sunyi dan teringin untuk berkongsi beberapa perkara dengan anak-anak.. Oleh itu luangkanlah sebanyaknya waktu bersama mereka tanpa ada rasa berkira.. Kalau tidak boleh sangat sekalipun, pujuklah mereka dengan kata-kata yang baik supaya mereka lebih memahami.. Kita pun tidak tahu bagaimana keadaan kita semasa tua nanti.. Semoga Allah s.w.t menyelamatkan kita dari perkara-perkara yang tidak baik sepanjang hidup kita.. Insya Allah.. Allahummaghfirlana zunubana waliwalidina warhamhuma kama rabbayana soghiro...