Nur Fatimah bersama kak khadijah dan ust Ramadhan Nur Fatimah dalam kenangan...Ketika menghadiri satu program hari Raya yang lepas kami dikejutkan dengan pertukaran tentatif program.. Ustaz Ramadhan fitri yang sepatutnya memberi pengisian telah ditukar dengan pengisian lain.. tertanya-tanya juga di hati kenapa program bertukar di saat musafir rasa bersemangat untuk mendengar mutiara kata dari insan yang musafir segani.. Rupa-rupanya dikhabarkan anak beliau Nur Fatimah Ramadhan Fitri telah dimasukkan ke dalam Hospital Putrajaya.. Menurut sumber-sembur yang dipercayai, Nur Fatiimah dikatakan mengalami pendarahan di otak yang berkemungkinan disebabkan gegaran yang tidak pasti apa puncanya.. Bila musafir menziarahi beberapa blog pimpinan yang lain, terdapat pelbagai cerita dan berita yang amat menyayat hati tentang seorang kanak-kanak yang masih berusia tiga bulan tanpa mengenal erti kehidupan terpaksa pula menanggung kesakitan yang amat sangat dek berseliratnya wayar-wayar di tubuh beliau.. Sudah pastinya ibu bapa mereka iaitu ustaz Ramadhan dan kak khadijah merasai kesakitannya juga. Bahkan jika boleh ditukar ganti, pasti mereka mahu menggantikan tempat kanak-kanak tersebut.. Melihatkan para sahabat yang bergilir-gilir menziarah adik fatimah, musafir berasa sangat cemburu kerana tidak dapat turut serta membantu memberi sokongan moral kepada kedua-dua insan yang cukup tabah ini.. Akhirnya musafir dan beberapa orang rakan menetapkan nahawa kami akan ke putrajaya untuk melawat adik fatimah yang dikatakan semakin tenat pada hari khamis bersamaan 4 Zulkaedah 1430 Hijrah selepas latihan kebakaran diadakan di astaka.. Dalam perjalanan pulang ke bilik musafir dikejutkan dengan berita sedih yang di 'sms' kan oleh rakan musafir.. "Info PMIUM : Nur Fatimah 3 bulan, anak ust Ramadhan Fitri Ilias telah meninggal dunia 6.20 am pg td.. ucapan takziah diucapkan dan semoga ust Ramadhan serta isteri sabar diuji ALLAH.. Al-Fatihah kita sedekah kepada anak beliau.. Semoga dicucuri rahmat Allah s.w.t" Dua tiga kali juga musafir membaca mesej ini dek kerana masih kurang percaya dan inginkan kepastikan yang tepat. lantas musafir menghubungi rakan yang lain meminta kepastian dan maklumat terbaru. Maklumat yang disampaikan ialah jenazah Nur Fatimah akan di sembahyangkan di Masjid UPM Serdang.. Mencari rakan seperjuangan untuk bersama-sama menziarahi jenazah juga musafir diuji dengan beberapa dugaan.. Hampir sahaja niat musafir terbatal dan muisafir mengadap laptop untuk menenangkan fikiran.. Tiba-tiba terkeluar keputusan on the spot musafir untuk call pakcik teksi.. Akhirnya sampai juga musafir di masjid dengan diiringi doa keselamatan atas niat yang sangat mulia.. Sesampainya di masjid iaitu tepat pukul 12.50 tengahari, musafir dan rakan melilau-lilau mencari ruang solat muslimah.. Masuk sahaja ke dalah ruang solat, kelihatan beberapa orang muslimin dan muslimat telah ramai memenuhi ruang di hadapan masjid. Mata musafir terarah pada wajah ustaz Ramadhan Fitri yang sedang menyambut ketibaan rakan-rakannya barangkali.. Sangat tenang tanpa di calit sebarang masalah.. Di ruang muslimat pula beberapa orang muslimat sedang membaca yasin untuk allahyarhamah nur Fatimah. Di sebelah jenazah terduduk seorang muslimah yang tidak putus-putus bersalam-salaman dengan para sahabat yang baru sampai.. Saat musafir menghulurkan tangan dan menyatakan rasa takziah musafir kepadanya, beliau masih lagi mampu tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya dengan sedikit lemah.. Musafir mengambil kesempatan melihat jenazah Nur Fatimah di sebelah beliau yang ditutupi dengan sehelai kain putih.. Ya Allah comelnya.. Bayi inilah yang akan menunggu ibu bapanya di syurga kelak.. Insya Allah.. Saat membaca doa ketika solat jenazah, musafir tidak dapat menahan sebak.. Terasa air mengalir di pipi.. Apatah lagi apabila mendengar pengumuman serta sedikit tazkirah daripada datuk nur fatimah tentang kematian yang sentiasa bergilir seiring dengan kelahiran yang turut bergilir-gilir.. Semua hadirin menitiskan air mata kesedihan dan keredhaan atas pemergian anak seorang pejuang Islam.. Kebetulan musafir solat berdekatan dengan kak khadijah, jadi musafir ambil kesempatan untuk bersalaman dengan beliau sebelum meninggallkan masjid.. Ketika itu barulah kelihatan air mata beliau bergenang saat berpeluk-pelukan dengan keluarga terdekat.. Sempat beliau mengukirkan kalimah terima kasih sebelum mengiringi jenazah ke perkuburan..
No comments:
Post a Comment