Sahabat sejati sukar dicari..

Monday, October 5, 2009

Ibu oh ibu...

Jumaat (2 Okt 2009)

Waktu menghantar assigment hampir tiba.. Musafir masih lagi sempat berfoya-foya dengan menghadiri jemputan-jemputan berhari raya.. Duduk memerap di dalam bilik mengundang ketensionan dengan mengadap laptop yang sentiasa terbuka bersama buku-buku yang sengaja diteraburkan..


Tiba-tiba handfon musafir menari-nari minta diangkat.. Panggilan dari siapa ni??? Ohhh.. emak.. macam biasalah.. Emak suruh balik rumah.. Mata musafir terarah pada buku-buku yang berterabur dan bahan-bahan yang dah musafir siapkan untuk menjamu kawan-kawan malam ni..


Alamak... macamana ni.. lari plan nak luangkan masa dengan laptop.. Bukan musafir tak nak balik ke rumah.. Tapi cara pembelajaran seseorang berbeza-beza.. Musafir mungkin lebih suka bersama kawan-kawan di sini supaya semangat untuk menyiapkan kerja masih ada... maklumlah dugaan untuk berfoya-foya di rumah lebih banyak.. Tapi musafir tak sampai hati rasanya untuk membatalkan hasrat emak yang menyuruh musafir pulang ke rumah.. Apatah lagi musafir baru sahaja menonton satu video yang mengisahkan seorang ibu .. Seorang ibu yang mempunyai dua orang anak yang berjaya di dalam kerjaya mereka.. Apabila anak sudah berjaya, ibu yang seorang di rumah dilupakan dek kerana sibuk menjalankan tugas masing-masing.. Akhirnya ibu yang sering merindui anak-anaknya itu telah meninggal dunia tanpa sempat bertemu dengan mereka.. Teringatkan kepada video tersebut, musafir sedikit merasa insaf.. Samalah juga dengan situasi musafir walaupun musafir belum bekerja.. Akhirnya musafir berhasrat untuk pulang saja ke rumah dan hampir membatalkan program menjamu rakan-rakan.. Tidak lama kemudian ayah musafir menelefon kembali kerana tidak dapat menjemput musafir kerana ada perkara yang lebih penting untuk dibereskan pada hari ini.. Bukanlah kisah diri musafir yang ingin ditonjolkan di sini.. Sebaliknya musafir ingin berkongsi tentang kepentingan kita menjaga hati kedua ibu dan ayah kita... Memang kadang kala apa yang terdapat di fikiran keduanya tidak sama dengan kehendak hati kita.. Akan tetapi selagi mereka masih ada, cubalah untuk menyenangkan hati mereka biarpun kita terpaksa berkorban.. Pengorbanan kita yang tak seberapa ini (berbanding dengan pengorbanan mereka) pastinya akan menjanjikan balasan yang lebih baik dari Allah s.w.t. Mungkin inilah masa yang terbaik sebelum musafir terikat dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kelak.. Jika sekarang pun kita tidak boleh mengambil berat akan mereka, nanti apabila tanggungjawab yang lebih besar perlu dipikul pastinya masa kita semakin sukar untuk diluangkan.. Mungkin mereka sebenarnya sunyi dan teringin untuk berkongsi beberapa perkara dengan anak-anak.. Oleh itu luangkanlah sebanyaknya waktu bersama mereka tanpa ada rasa berkira.. Kalau tidak boleh sangat sekalipun, pujuklah mereka dengan kata-kata yang baik supaya mereka lebih memahami.. Kita pun tidak tahu bagaimana keadaan kita semasa tua nanti.. Semoga Allah s.w.t menyelamatkan kita dari perkara-perkara yang tidak baik sepanjang hidup kita.. Insya Allah.. Allahummaghfirlana zunubana waliwalidina warhamhuma kama rabbayana soghiro...

No comments: