Alhamdulillah.. Walaupun dugaan datang bertimpa-timpa tapi akhirnya musafir dapat siapkan juga assigment.. Assigmnt tentang usul fiqh terutamanya banyak memberi ilmu baru kepada musafir. Maklumlah kalau bukan kerana assigment kadang kala kita susah nak mengkaji tentang sesuatu apatah lagi kita tiada kepentingan tentang perkara tersebut. Lepas assigment, final exam pula yang menanti.. Jadi seminggu ni musafir kena rajin-rajinkan study walaupun time ni la musafir nk ber'bloging' lepas dah makin bersawang. Cemburu juga tengok blog sahabat yang dimasuki entri baru lagi bermanfaat. Baru-baru ni musafir terfikir tentang apa kenanya sistem pendidikan negara kita selepas dicetuskan oleh seorang sahabat ketika majlis menyambut hari raya. Memandangkan musafir merupakan bakal guru, eloklah juga jika musafir utarakan untuk kita berfikir dengan lebih kreatif lagi bagi menarik minat anak-anak islam untuk terus menuntut Ilmu. Tidak dapat dinafikan sistem pendidikan pada masa dahulu berlainan dengan sistem pendidikan sekarang. Sistem ini dipengaruhi oleh suasana, cara didikan masyarakat, faktor luar seperti kesan penjajahan dan sebagainya. Oleh itu kita seharusnya bersikap realistik dalam mempraktikkan kaedah-kaedah pengajaran supaya ilmu yang disampaikan dapat dinikmati dengan rasa gembira oleh murid-murid. Pada zaman Rasulullah, sistem pendidikan sangat dititikberatkan iaitu dengan mempelajari Ilmu terutamanya ilmu akhirat secara talaqqi musyafahah bersama guru. Apatah lagi pada masa tersebut keadaan masyarakatnya memang cintakan ilmu malah saling bersaing untuk mendapatkan ilmu tersebut. Berbanding di Malaysia kini yang telah terikat dengan sistem pendidikan penjajah di samping keadaan masyarakatnya yang merasakan anak-anak perlu diberi pengajaran supaya mereka mengikut kata-kata guru.. Akhirnya wujud murid-murid yang menjadi seorang pengikut tanpa berfikir.. Ibu bapa pada hari ini kebanyakannya hanyak mengharapkan guru-guru di sekolah untuk menguruskan pembelajaran anak-anak.. Jika anak-anak tidak lulus peperiksaan, maka guru-guru yang terpaksa menjawab serta memberi alasan kepada ibu bapa. Jika perkara ini terus berlarutan, maka sekolah bukan lagi tempat yang seronok untuk menuntut ilmu tetapi sekolah merupakan tempat yang menekan murid dan guru dengan tugasan yang melambak-lambak, peraturan yang tidak releven dan sistem peperiksaan yang tidak adil. Jadi apakah tugas kaunselor sekolah??? Mungkin ada yang merasakan itulah tugas kaunselor untuk menjernihkan keadaan, tapi kaunselor juga turut sama tertekan dengan masalah yang berlaku di sekolah. Berbanding dengan negara-negara lain, sekolah merupakan tempat yang sangat menyeronokkan untuk mengenal guru-guru serta rakan-rakan yang mengamalkan nilai-nilai yang murni, sekolah untuk menunjukkan bakat masing-masing di dalam bidang yang diceburinya, sekolah tempat mendekatkan murid-murid kepada Penciptanya dan sebagainya.
Ketika musafir bersembang dengan seorang rakan mengenai sistem sekolahnya, dikatakan pelajar asrama perlu prep selepas pulang sekolah termasuk pada waktu petang dan malam. Jika terdapat pelajar yang tertidur atau bercakap dengan rakan maka pelajar akan didenda.. Relevenkah pelajar perlu belajar lebih kurang 13 jam sehari??? Itu belum lagi dengan kanak-kanak sekolah rendah yang bersekolah kebangsaan dari 7.30 pagi hingga 1.30 petang. Kemudian disambung pula dengan sekolah agama dari pukul 2.30-6.00 petang, kemudian disambung lagi dengan kelas tambahan pada pukul 8.00-11.00 malam. Kasihan anak-anak murid kita yang akhirnya tidur di kelas, tidak meenyiapkan kerja sekolah dek kerana selepas tusyen murid-murid terlalu letih dan tertidur. Sampai di sekolah esoknya, murid yang keletihan dan tidak menyiapkan kerja dimarah pula oleh guru. Guru pula mengadu kepada ibu bapa tentang anak mereka yang dianggap malas melakukan kerja rumah.. Belum habis dengan bebelan guru, ibu bapa pula menengking di rumah. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak dapat melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka. Merotan anak apabila anak tidak mendapat nombor satu di dalam kelas.. Memarahi anak apabila anak menghabiskan masa untuk beriadah pada waktu petang dan berbagai-bagai lagi tindakan masyarakat yang menyalahi psikologi manusia. Sebagai ibu bapa atau guru, psikologi kanak-kanak sangat penting bagi merealisasikan pendidikan yang releven. Mereka perlu memahami murid sebelum melakukan tindakan melulu serta memberi hukuman terhadap kesalahan yanng murid lakukan. Jika guru-guru serta ibu bapa hanya memberi tekanan kepada anak-anak, maka hasilnya lahirlah anak-anak yang memberontak.. Lari dari Rumah.. Penakut.. Merasakan kawan-kawaan adalah orang yang lebih memahami.. Tidak pandai membuat keputusan sendiri.. Tidak menghormati ibu bapa dan guru.. Tidak suka masuk ke kelas.. Tidak mengendahkan nasihat orang lain dan pelbagai lagi perkara negatif yang wujud pada hari ini..
Musafir bukan bertujuan untuk mengubah sistem pendidikan itu sendiri akan tetapi yang perlu diubah pada hari ini ialah sikap, disiplin, psikologi, kaedah pengajaran, isi pembelajaran dan sebagainya untuk lebih realistik serta membantu generasi kita pada masa akan datang.. semoga kita terus menjadi pewaris para Nabi.. Insya Allah..
Ayyash is back !
-
I'm back with extra passion in writing and translating... tolong doakan
sy... blog ini memang memberi kekuatan utk memulakan keinginan yg agak
bertahun2 di...
9 years ago
No comments:
Post a Comment