skip to main |
skip to sidebar
Goncang Boleh Membunuh Bayi Anda
Sedikit maklumat yang ingin di kongsi bersama sama ada anda bakal atau sudah atau belum menimang cahaya mata...Berdasarkan kajian di negara Barat, menggoncang, melambung atau menyentak bayi,terutama mereka yang berusia dua tahun ke bawah boleh menyebabkan salur darah di dalam otak terkoyak atau pecah.Justeru, ingatlah, perbuatan anda untuk menenangkan bayi yang sedang menangis itu bolehmenyebabkan kematian pada mereka dan kadangkala boleh menyebabkan bayi itu merana sepanjang hayat?Sindrom menggoncang bayi atau 'shaken infant syndrome' adalah antara kecederaan serius dikalangan bayi dan kanak-kanak dan ia tidak seharusnya dipandang ringan oleh setiap ibu bapa,penjaga mahupun pengasuh.Sebahagian besar kes sindrom menggoncang bayi dilakukan oleh dewasa yang dihantui perasaanmarah dan kecewa pada anak kecil dan menggoncang mereka tanpa belas kasihan dan simpati.Sama ada sengaja dilakukan atau tanpa menyedari bahawa perbuatan menggoncang anakmembahayakan kesihatan, seseorang dewasa perlu berfikir dan menunjukkan keprihatinan mereka apabila melihat anak kecil menangis tanpa henti.Bayi berusia dua tahun ke bawah mempunyai otot tengkuk yang lembut dan lazimnya ia akanhanya terbentuk dengan sempurna secara berperingkat- peringkat bagi menyokong serta mengawal kepala.Sehubungan itu, jika tubuh mereka digoncang, kepala mereka akan bergoyang-goyang ke depandan belakang, yang mana boleh menyebabkan kerosakan otak dan pendarahan sama ada di dalam atau di atas otak.Kerosakan teruk bahagian otak akibat menggoncang bayi itu adalah lebih kerap berlaku di kalangan bayi berusia dua tahun ke bawah selain kanak-kanak berumur tiga dan empat tahun.
Apakah perbuatan yang boleh membahayakan otak bayi?1 Berulang kali menjulang anak kecil anda.2 Berjoging sambil membawa bayi atau kanak-kanak sama ada dengan mendukungnya di belakang atau di bahu.3 Membawa mereka menunggang kuda.4 Memusingkan anak kecil anda.
Apakah masalah yang boleh dialami akibat perbuatan itu?1 Kerosakan otak.2 Kecederaan tulang spinal.3 Buta.4 Kecederaan mata.5 Sawan.6 Patah tulang.7 Terseliuh.8 Kecacatan fizikal.
Sehubungan itu, anda dinasihatkan supaya:1 Jangan menggoncang kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah.2 Pastikan anda menyediakan alat penyokong pada kepala bayi anda sama ada ketika mendukung, bermain dan mengajaknya keluar.3 Pastikan anda mengawasi individu lain yang akan turut mendukungnya, seperti penjaga, pengasuh atau anak-anak lain yang mengangkatnya.4 Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila mendapati bayi terus menangis.
Apa yang perlu dilakukan jika anda menggoncang bayi secara tidak sengajaatau sengaja?Walaupun anda terasa malu dan bersalah untuk berterus terang dengan doktor,adalah penting jika anda memberitahu doktor apa yang sudah dilakukan.Berterus terang adalah lebih baik daripada menyembunyikan perkara sebenar.Jika anda menggoncang bayi secara sengaja atau tidak sengaja, pastikan andabergegas ke jabatan kecemasan secepat mungkin. Ini kerana, pendarahan didalam otak boleh dirawat, itupun jika anda memberitahu doktor perkarasebenar.Jika anda berterus terang mengatakan bahawa bayi itu digoncang, doktor akanmemberi rawatan sewajarnya dan keadaan ini sekali gus dapat menyelamatkannyawa bayi anda dan masalah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment